Aku sedang belajar untuk tersenyum. Apabila kita tersenyum, secara automatiknya akan menegangkan urat muka dan kita akan nampak ceria.
Malangnya aku payah untuk senyum. Kadang senyum sahaja tidak jadi apatah lagi terpaksa senyum. Saya tahu sengih tetapi masih belajar untuk senyum. Saya mahu senyuman yang lahir daripada lubuk hati saya. Senyuman yang membuatkan saya bahagia. Senyuman yang menandakan saya bahagia.
Ya, sekarang saya bahagia dan sangat bahagia. Saya berdoa Allah berikan saya kebahagiaan dan saya berjaya senyum daripada hati. Saya mahu hadiahkan senyuman saya sebelum kemungkinan saya tinggalkan semua yang ada. Haha...Saya nak pergi mana? Tidaklah! Hanya buat ayat...
Saya masih ingat ketika di sekolah menengah, Mastura beritahu yang saya perlu belajar senyum sebab muka saya selalu macam asam. Susah untuk lihat wajah seorang Jamilah terukir senyumm. Maka, nampaklah wajah aku seorang yang serius.(hakikatnya agak poyo, haha)
Percaya atau tidak saya pernah belajar dengan sahabat-sahabat saya untuk senyum. Untuk senyum ketika bersama mereka. Untuk merelakan diri saya tersenyum. Dan saya berjaya tersenyum apabila berada di samping sahabat saya.. Dan muka saya kembali normal (masam) apabila berada di khalayak. Jadi,janganlah terkejut kalau sekiranya terserempak seorang Jamilah yang berwajah masa.. Kadang-kadang dia sengaja menyembunyikan senyumannya... sedang hatinya penuh dengan bunga tulip!
Ya, masih belajar untuk senyum!!!!
Nota Kecil Hujung Entri: Senyuman itu memberi sedekah percuma. Jangan kedekut... =)
Malangnya aku payah untuk senyum. Kadang senyum sahaja tidak jadi apatah lagi terpaksa senyum. Saya tahu sengih tetapi masih belajar untuk senyum. Saya mahu senyuman yang lahir daripada lubuk hati saya. Senyuman yang membuatkan saya bahagia. Senyuman yang menandakan saya bahagia.
Ya, sekarang saya bahagia dan sangat bahagia. Saya berdoa Allah berikan saya kebahagiaan dan saya berjaya senyum daripada hati. Saya mahu hadiahkan senyuman saya sebelum kemungkinan saya tinggalkan semua yang ada. Haha...
Saya masih ingat ketika di sekolah menengah, Mastura beritahu yang saya perlu belajar senyum sebab muka saya selalu macam asam. Susah untuk lihat wajah seorang Jamilah terukir senyumm. Maka, nampaklah wajah aku seorang yang serius.

Comments