Tulip yang masih utuh di dalam bekas kaca. |
Boleh baca entri asalnya di sini.
Aku hanya mahu memetik kata-kata yang Ina nukilkan untuk aku abadikan di sini.. =)
Ketahuilah insan bernama Cik Jamilah Mohd Norddin, 'anda berpotensi besar untuk berjaya di bumi UIAM! Baik dalam bidang akademik mahupun lapangan sasteramu...tinta pena yang akak nukilkan sentiasa memberi sumber inspirasi buat diri ini, khususnya... (",)
Ina percaya ramai lagi yang turut terkesan dengan lakaran contengan akak tu.
So, senyumlah pada mentari yang berada di hadapan" :)
Ada pantun istimewa buat akak Jamilah,
Alang-alang gunung didaki, ( mood teringin nak buat aktiviti lasak ni, hihi)
Biar sampai ke puncak tinggi, ( memang la dah penat-penat panjat kan, hehe )
Alang-alang mengejar mimpi, ( letih oooOOh lari ligan-meligan, haha )
Biar sampai ke hujung pelangi. ( InsyaAllah, ada kemanisan dipenghujungnya :)
With ♥ and prayer,
Ina Nailofar
Kolej Pendeta za'ba, UPM ( Universiti Pentarbiahan Mujahidah )
-Hanya yang terrrrrrrbaik!-
Nota Kecil Hujung Entri: Ina, akak rindukan karya kamu. :)
Comments
Seronok juga bertukar-tukar entri ini ya, rasa dihargai!
Yup, memang realiti hidup ini kita perlu belajar lebih menghargai seseorang...terutama insan-insan yang berada di sekeliling kita kan? Baru rasa hidup bahagia, hati pun tenang =)
Musim-musim genting menjelang Final Exam ni, harapnya dapatlah menaikkan semangat juang akak menghadapinya, pastinya untuk Ina juga...memandangkan inilah kali pertama Ina akan menghadapi study week ( sebelum ini STPM mana ada study week, hehe ) dan minggu exam... :)
Moga kita berjaya mengharunginya, mudah-mudahan, insyaAllah.
*****Nota kecil hujung entri akak akan Ina highlightkan sebagai misi penting untuk cuti sem nanti, insyaAllah...sebenarnya ina semakin jauh dari itu, huhu...hanya Allah yang tahu betapa rindunya nak menulis sepeerti dulu... :(
Apapun, never give up and utamakan perkara yang penting daripada perkara yang penting-penting :))
**Maaf ya, panjang pula komen kali ini...hehe
**Tak mengapa tulis panjang-panjang, akak tak kisah. =]
Amin, smeoga Allah beri kita kekuatan untuk melaluinya dan selamat mengharungi peperiksaan akhir semester yang pertama sebagai seorang siswi.. =]
Insya Allah.. AKak sentiasa menantilkan karya terbaru Ina Nailofar. Sangat rindu.