Skip to main content

Durrah Nur Aqilah: Inikah yang Terakhir?


Aku mahu menulis perasaan aku sekarang walaupun aku tahu tidak selayaknya aku membiarkan rasa diri tersebar entah sampai ke ceruk mana. Aku menulis apa yang aku sedang alami.

Aku mahu melarikan diri boleh? Sungguh aku sudah tidak kenal diri sendiri dan kawan-kawan di sekeliling aku. Aku rasa macam aku nak berhibernasi dan hilangkan diri daripada semua orang. Kalau ini semester terakhir bagi aku pun biarlah..

Aku tak peduli dah pasal yuran ke, pre-reg ke, assignment yang aku minat ke, lecturer yang aku sayang ke, aku nak tinggalkan semuanya.

Aku nak kuburkan semuanya..

Aku nak benamkan semua impian aku dalam dunia bahasa Arab. Aku nak lupakan mimpi aku untuk menghabiskan degree dalam bahasa arab. Aku sudah tidak mampu berdiri di samping orang lain. Aku mahu habiskan masa dua minggu berbaki ini dengan dunia aku sahaja. Bolehkah begitu?

Aku nak pergi kelas, bersedia untuk final, tidur dalam bilik.. Itu sahaja. Titik. Tak mahu fikirkan benda lain. Aku mahu delete semua kenangan, semua senyuman, semua perasaan. Bolehkah begitu?

Aku seorang annaniah...

Mana pernah aku pedulikan perasaan orang lain. Dan kini aku mahu bersendiri. Aku mahu kisahkan diri sendiri dan tamatkan semester ini. Aku hanya manusia pasif yang mendapat tempat di bumi IIUM kerana Allah sudah takdirkan tempat aku di sini. Namun sampai empat tahunkah aku akan berada di sini?

Rasanya seperti tidak...



Impian aku untuk menukar ke jurusan lain yang aku minat entah mengapa makin berkobar. Aku sudah tidak mampu menahan air mata dan membiarkan perasaan aku terbuai dengan apa yang berlaku. Entah mengapa aku jadi sangat sensitif sekarang. Disentuh sedikit aku terasa lama... Aku bukan Durrah yang kuat hatinya lagi.

Aku mahu berhenti daripada segalanya.

Aku mahu larikan diri sejauhnya..

Lu'luah... aku rindu kamu... Jamilah, aku sayang kamu... Diri, aku mahu berhibernasi....

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك