Skip to main content

Sahabat Aku Sayang 1

Kadang penulisan aku di sini terlalu berterus terang dan jujur. Ada ketika hanya sebuah rekaan yang sengaja mahu aku nukilkan. Aku menulis kerana aku mahu menulis. Aku menulis kerana desakan dalam diri yang mahu mencoret sesuatu. Walau hanya sebuah catatan peribadi, aku terasa puas apabila ianya sudah tertampal di sini.


Maafkan aku jika yang yang terasa dengan apa yang aku tulis. Aku menulis mengikut rentak jemari sendiri sahaja. Aku hanya manusia yang menulis apa yang aku mahu tulis. Sesungguhnya aku bahagia apabila aku dapat menulis kerana aku tidak dapat sampaikan semuanya dengan lisan...

***

Aku takut untuk menghabiskan semester ini... Sangat takut jika ini semester terakhirku di sini. Aku tersentak dengan mesej kak ina petang tadi.

“Jangan hampakan keluarga kita.” Aku akan cepat sensitif apabila bicara tentang keluarga dan sahabat. Aku cepat terasa dalam dua perkara ini... Bagaimanakah jika aku menghampakan keluarga dengan apa yang terjadi semester depan? Aku tidak dapat membayangkan, namun perkara itu mungkin terjadi. Siapa yang tahu.. Maafkan aku.

Sahabat, aku sayang kalian... Kak Husni, Bib, Ainul, Rokiah ...

Sahabat, terus dan terus melangkah selagi Allah pinjamkan kita kekuatan untuk bergerak. Sekali Allah tarik, boleh buat kita terduduk dan payah untuk bangun.. Kalian semua manusia hebat yang Allah hadirkan pada aku... Aku teringat kata ustaz Adli, antara faktor kejayaan Salahuddin al-Ayyubi kerana ada orang hebat di sekelilingnya.... Antara kekuatan seorang Jamilah kerana orang hebat di sekitar aku...

Sahabat, terima kasih menjadikan aku sebahagian sahabat kalian... Aku tidak punya ramai kenalan dan sahabat, namun Allah hadirkan aku sahabat yang membuatkan aku belajar banyak perkara daripada mereka. Setiap sahabat aku punya istimewanya sendiri yang membuatkan aku terasa tidak mahu berhenti melangkah selagi kaki masih berpijak di sini... Mungkin tiada lagi esok, siapa yang tahu....

Kukuhkan hati kami, Ya Allah...

Luahan,
Jamilah Mohd Norddin,
2307
8-10-10
Qamar Cinta 1-1


Nota Kecil Hujung Entri: Masa hanya berputar sekali. Apa yang berlaku tidak dapat direverse.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...