Skip to main content

TAHNIAH ATAS GRADUASI, KAK SU

*Ini entri dedikasi Jamilah Mohd Norddin buat Suraya Mohd Norddin

3 Oktober 2010 merupakan tarikh istimewa untuk Kak Su, Tarikh yang mencatatkan secara rasmi Kak Su sebagai graduan dalam bidang Quran Sunnah dan Minor dalam Fiqh dan  Usul Fiqh. Tahniah adik ucapkan untuk Kak Su.

Empat tahun Kak Su bergelar pelajar UIAM dan melalui kehidupan sebagai seorang pelajar... Suka, duka, hitam, putih.. semuanya memberi kesan kepada kehidupan kak su. Adik tahu itu.. Apa-apa pun kak su sudah berjaya mengharungnya dengan sabar dan tabah.. hingga akhirnya bergelar graduan IIUM.

Kak Su, memang tiada ahli keluarga yang hadir pada hari bahagia kak su ini. Namun adik harap kehadiran adik dapat menjadi pengganti juga kepada ketidakhadiran mereka semua.. Ayah dan kakak-kakak kita...  Semoga dengan kehadiran atas dalam majlis itu turut memercikkan semangat untuk adik terus berjuang sebagai seorang pelajar bahasa Arab dan kesusasteraan.. Insya Allah..

Kak Su, sempena graduasi kak su, adik tiada hadiah istimewa.. Hanya kehadiran adik dan ucapan 'tahniah bergelar graduan, kak su' Adik tiada bajet untuk beli bunga mahal-mahal, untuk hadiahkan sesuatu yang mahal untuk kak su, hanya tulisan ini yang adik dedikasikan untuk kak su..

Kak Su, setelah menjadi graduan dan masuk alam pekerjaan, adik doakan kak su lebih kuat dan sabar. Adik tahu adik punya kakak yang tidak akan tewas dengan semua ujian. Kakak yang sudah melalui bermacam ujian dan dapat harunginya. Adik doakan kakak adik ni terus dan terus tabah dan sabar.. Ada hikmah pada ujian.. =)

Kak Su, adik doakan keselamatan, kesejahteraan, kejayaan dan semua kebahagian milik Kak Su, dan adik doakan semoga kak su berjaya untuk menyambung MAster semester depan, Insya ALlah..

Ucapan tulus,
Adik a.k.a Jamilah Mohd Norddin
23:06 @ 2-10-2010
Meja Belajar Qamar Cantik 1-1, IIUM
Nota Kecil Hujung Entri:

Comments

AinuL HayaT said…
sayupnya baca tulisan ni...huhu...feeling lak ina mhayatinya :)

untung kak su punya adik seperti akak...kirim salam untuk kak su yea! :)
tahniah untuknya....kak syidah 12hb nt, jemput dtg upm... :)
Jamilah said…
AinuL HayaT,

Ina, tak sempat datang.. Sampaikan salam akak untuk kak Syidah.. =)

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...