Skip to main content

Lima Belas Yang Menurunkan Bala

Jangan sampai kita hampir tenggelam baru sedar!
"Daripada Ali bin Abi Talib karamallahu wajhah RAsulullah bersabada: "Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun ke atas mereka, iaitu: 
  • Apabila harta negara hanya akan beredar pada orang-orang tertentu
  • Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
  • Zakat dijadikan hutang
  • Suami menurut kehendak isteri
  • Anak derhaka terhadap ibunya
  • Sedangkan anak itu berbaik-baik dengan kawannya
  • Anak itu menjauhkan diri daripada ayahnya
  • Suara ditinggikan di dalam masjid
  • Orang paling terhina menjadi ketua dalam kalangan sesuatu kaum
  • Seseorang itu dimuliakan kerana takut akan kejahatannya
  • Khamar diminum secara terbuka
  • Kain sutera dipakai kaum lelaki
  • Para artis disanjung.
  • Muzik banyak dimainkan
  • Generasi akhir zaman menyalahkan generasi pertama (sahabat)
Maka apabila ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diroboh menjadi makhluk lain. 

(Hadith Riwayat Tarmidzi)

KITA. Aku. Kamu. Kita semua. Kita jijik dan jelek melihat keadaan yang berlaku hari ini. Kita manusia yang Allah hadirkan sebagai manusia akhir zaman. Dunia yang sudah ini mungkinkah sudah tidak mampu menanggung beban dosa penghuninya? Sedangkan Rasulullah telah berpesan kepada kita 1400 tahun hijrah yang lalu tentang keadaan yang berlaku pada akhir zaman.

KINI SEMUANYA BERADA DEPAN MATA KITA.

Di mana-mana sahaja berlaku bencana alam :Banjir, puting beliung, gunung berapi meletus, tsunami: Setiap negara punya masalah sosial dalam kadar yang membimbangkan. Buang anak sudah jadi biasa dalam sebuah negara yang dikatakan negara Islam. Anak bunuh ayah ibu, adik beradik boleh mati hanya berebut sebuah remote-control, artis menjadi ikon dan sentiasa mendapat tempat dalam masyarakat.. sedang orang berilmu terpinggir...

Ya Allah, Aku melihat semuanya berlaku depan mata. Hari ini aku teringat akan hadith itu. Lima belas perkara yang menyebabkan bala. Lima belas perkara yang mengundang kemarahan Allah. Hari ini tidak ada siapa yang tidak kenal muzik. Tidak tahu tentang artis. Dalam senyap akal kita dididik dengan hiburan. Sesiapa yang meyertai rancangan realiti akan terkenal. Gadis Malaya. Mari Berjoget. Akademi Berangan. Macam-macam rancangan tumbuh macam peniaga yang akan banyak menjelang Ramadhan.

Aku menyedari akan hal yang terjadi. Sedang kadang diri tidak mampu mempertahankan diri sendiri. Khusyuk depan televisyen selama lima jam tidak terasa namun hanya untuk membaca satu muka al-Quran terasa berat. Bagaimana Allah mahu menurunkan Rahmat dan Berkat pada diri yang diselaputi dosa?

Aku takut. Aku yang sedar dan tahu apakah yang aku lakukan. Bercakap dengan bicara memang senang. Mengajak untuk berubah boleh dicakap. Sedang hidayah itu milik Allah... Allah.. berikan kami hidayah. 

Bagaimana wahai diri! Jangan sampai datang peringatan yang besar barulah kamu terjaga daripada sebuah lena yang panjang. Saat orang lain akan menyalahkan kamu kerana kamu tahu,kamu diam! Apakah yang kamu berikan kepada agamamu? Hanya tertawa melihat kejelikan orang lain? Masih sibuk menuding jari? Tudingkan jari itu kepada dirimu, wahai diri... Apakah yang kamu sediakan sebagai bekal menuju sebuah negeri abadi? 

Allah.... diri hanya tahu bicara dan tulis... Apa aku lakukan untuk Islam...

Monolog pagi Ahad,
31-10-2010
12:33p.m
Meja Belajar Qamar Cinta 1-1, IIUM


Nota Kecil Hujung Entri: Ya Allah, Islam akan kembali menjadi dagang sebelum ia bangkit kembali! Di manakah diri kala ini?

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...