Skip to main content

Adakah Aku Juga Akan Merasa?

Jujur. Hati sejak pagi santak petang bercampur perasaannya. Sudah seumpama rojak buah yang boleh juga dimakan, namun perasaan itu berlagu tanpa diminta. Irama suka, sendu, bingung, ragu, tidak pasti, semuanya bersatu dalam langkah aku hari ini.

Aku tidak rela melihat air mata pada wajah itu. Aku tidak mahu melihat dia berduka. Namun aku bukannya adik yang baik. Aku bukannya seorang adik yang ambil berat perasaan orang.Aku hanya adik yang pentingkan perasaan sendiri. Ini hakikat satu-satunya adikmu.. Maafkan aku.

Kak Su sudah bergelar graduan UIAM hari ini sedang aku masih merangkak dalam level satu walaupun sudah setahun setengah meneguk air di bumi UIAM.

Mungkin aku teruja melihat mereka yang naik ke pentas menerima skrol tanda berakhirnya sebuah kehidupan seorang sarjana muda, namun mampukah aku juga turut bersama-sama di atas pentas itu dan ada pada hari bersejarah itu. Tidak dapat tidak sambil mata melihat kegembiraan dan senyuman yang terukir pada bibir graduan, aku tertanya-tanya, adakah aku bergelar graduan pada 2013?

Kak Su kata lagi dua ahun kita grad sama-sama.. Masalahnya, akankah aku grad pada 2013???? Kak Su sudah mahu menyambung Master, Insya Allah.. Sedangkan diri ini... Biar  ada angan, aku takut tidak mampu ada pada hari itu..

Namun, aku positifkan diri. Aku senyum walaupun kadang mungkin kata aku menyakitkan. Memang itu aku sedari dulu. Kadang aku ucapkan kata yang amat pedih tanpa aku peduli perasaan orang. Itulah aku yang sebenarnya... Yang tidak tahu menjaga hati insan lagi...

Melihat senyuman Kak Su, aku seperti mahu menitiskan air mata......  Gembiranya ayah bila melihat gambar kak Su nanti.. Aku dapat bayangkan itu...Ayah mana yang tidak suka anaknya berjaya.. Sedangkan aku?????

Sebenarnya aku sangat takut untuk terlalu melihat ke hadapan. Untuk tinggi menganyam angan-angan seperti ketika di sekolah menengah. Malah, aku sudah tidak ada rancangan jangka panjang sekarang... Aku takut kakiku tersadung di tengah perjalanan..

Aku takut aku tidak mampu.. Sangat takut...

Maka, aku melalui kehidupan seadanya... Selagi Allah pinjamkan aku nyawa, kekuatan, senyuman... Aku mahu terus hidup walaupun aku banyak melukakan hati orang. Aku mahu bersama-sama dengan orang yang aku sayang... Aku mahu terus meneguk ilmu menghilangkan dahaga..... Aku akan terus hidup!

Biarlah nanti aku tidak mampu datang majlis graduasi dan ini kali pertama dan terakhir aku merasanya...
Aku puas!
Aku merasa manisnya hari ini!

Kak Su, tahniah!!!!

p/s: Kak Husni, terima kasih atas pesanan pagi tadi dan menemankan saya sejak pagi.. =) Apa yang Kak Husni lihat, itulah Jamilah!!!! Jamilah bukan seorang yang punya perasaan kak Husni.... SYukran Jazilan gembirakan saya dan kak Su....Saya tidak dapat membayar harga kegembiraan hari ini. Sungguh!

Nota Kecil Hujung Entri: Entri berbau diari lagi.. Maafkan aku jika terlalu berterus terang!

Comments

AinuL HayaT said…
salam ziarah akak tsayang...ina kembali menjenguk diari akak...

ketahuilah, akak BERPOTENSI BESAR UNTUK BERJAYA!kos akak skrg mmg bidang akak kn, buktikan kemampuanmu...2013...insyaAllah :))
Akhyar said…
belaja memg pyh.
hah. x sbr nk hbs 4 thn lg.i'Allah.
Anonymous said…
terima kasih sudi bw masuk ke dwn konvo 2 ^_^
Jamilah said…
Anon a.k.a kak husni,

Terima kasih juga gembirakan kami semalam dan hari-hari... =)

You always make me smile..

=)

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub...