Jujur. Hati sejak pagi santak petang bercampur perasaannya. Sudah seumpama rojak buah yang boleh juga dimakan, namun perasaan itu berlagu tanpa diminta. Irama suka, sendu, bingung, ragu, tidak pasti, semuanya bersatu dalam langkah aku hari ini.
Aku tidak rela melihat air mata pada wajah itu. Aku tidak mahu melihat dia berduka. Namun aku bukannya adik yang baik. Aku bukannya seorang adik yang ambil berat perasaan orang.Aku hanya adik yang pentingkan perasaan sendiri. Ini hakikat satu-satunya adikmu.. Maafkan aku.
Kak Su sudah bergelar graduan UIAM hari ini sedang aku masih merangkak dalam level satu walaupun sudah setahun setengah meneguk air di bumi UIAM.
Mungkin aku teruja melihat mereka yang naik ke pentas menerima skrol tanda berakhirnya sebuah kehidupan seorang sarjana muda, namun mampukah aku juga turut bersama-sama di atas pentas itu dan ada pada hari bersejarah itu. Tidak dapat tidak sambil mata melihat kegembiraan dan senyuman yang terukir pada bibir graduan, aku tertanya-tanya, adakah aku bergelar graduan pada 2013?
Kak Su kata lagi dua ahun kita grad sama-sama.. Masalahnya, akankah aku grad pada 2013???? Kak Su sudah mahu menyambung Master, Insya Allah.. Sedangkan diri ini... Biar ada angan, aku takut tidak mampu ada pada hari itu..
Namun, aku positifkan diri. Aku senyum walaupun kadang mungkin kata aku menyakitkan. Memang itu aku sedari dulu. Kadang aku ucapkan kata yang amat pedih tanpa aku peduli perasaan orang. Itulah aku yang sebenarnya... Yang tidak tahu menjaga hati insan lagi...
Melihat senyuman Kak Su, aku seperti mahu menitiskan air mata...... Gembiranya ayah bila melihat gambar kak Su nanti.. Aku dapat bayangkan itu...Ayah mana yang tidak suka anaknya berjaya.. Sedangkan aku?????
Sebenarnya aku sangat takut untuk terlalu melihat ke hadapan. Untuk tinggi menganyam angan-angan seperti ketika di sekolah menengah. Malah, aku sudah tidak ada rancangan jangka panjang sekarang... Aku takut kakiku tersadung di tengah perjalanan..
Aku takut aku tidak mampu.. Sangat takut...
Maka, aku melalui kehidupan seadanya... Selagi Allah pinjamkan aku nyawa, kekuatan, senyuman... Aku mahu terus hidup walaupun aku banyak melukakan hati orang. Aku mahu bersama-sama dengan orang yang aku sayang... Aku mahu terus meneguk ilmu menghilangkan dahaga..... Aku akan terus hidup!
Biarlah nanti aku tidak mampu datang majlis graduasi dan ini kali pertama dan terakhir aku merasanya...
Aku puas!
Aku merasa manisnya hari ini!
Kak Su, tahniah!!!!
p/s: Kak Husni, terima kasih atas pesanan pagi tadi dan menemankan saya sejak pagi.. =) Apa yang Kak Husni lihat, itulah Jamilah!!!! Jamilah bukan seorang yang punya perasaan kak Husni.... SYukran Jazilan gembirakan saya dan kak Su....Saya tidak dapat membayar harga kegembiraan hari ini. Sungguh!
Nota Kecil Hujung Entri: Entri berbau diari lagi.. Maafkan aku jika terlalu berterus terang!

Comments
ketahuilah, akak BERPOTENSI BESAR UNTUK BERJAYA!kos akak skrg mmg bidang akak kn, buktikan kemampuanmu...2013...insyaAllah :))
hah. x sbr nk hbs 4 thn lg.i'Allah.
Terima kasih juga gembirakan kami semalam dan hari-hari... =)
You always make me smile..
=)