Tulislah selagi Allah pinjamkan 'deria' dan 'ilham'. Nikmat boleh ditarik bila-bila. |
Masih ada aksara yang mahu mahu dibebaskan dari sarang rasa. Lalu, jemari terus bergerak atas papan kekunci. Senggang cuti inilah saya dapat mencari dan berkongsi lebih banyak perkara hasil kelana aku dalam dunia maya.
Lama aku tidak menjengah blog ibnu ahmad al kurauwi, penulis 'Rindu Cinta Ramadhan' ini. Malam, ini aku menaip nama ibnu ahmad al kurauwi pada laman google hingga menemukan aku kembali dengan blog beliau.
Aku terjumpa kalimah ini dalam artikel beliau bertajuk menulis tanpa tangan?
"Saya sering ditanya oleh rakan-rakan; “Bagaimana mahu menulis?” Secara seloroh saya menjawab; “Tulislah dengan tangan!” Mereka tersengih disindir. Pembaca yang membeli novel-novel saya kemudian meminta menurunkan tanda tangan, tentu biasa membaca tulisan saya dengan kata-kata; “Andai menulis, tulislah dengan hati. Agar dari hati turunnya juga ke hati!”. Ya, pada hemat saya, Nick Vujicic berjaya merentasi tasik bukan dengan tangan dan kakinya, tetapi dengan hatinya. Begitu juga dengan kita. Andai kita menulis dengan hati, kita sebenarnya tidak memerlukan tangan. Di mana ada kemahuan, bukan? - al kurauwi
Menulis dengan hati. Kedengaran sangat mudah, namun tidak semua yang disampaikan pengarang akan diterima baik oleh penerima jika yang disampaikan itu tiada 'rasa'. Kata-katanya walaupun hebat, tidak meninggalkan kesan. Tetapi ada sebahagiannya ditulis bisa terkesan di jiwa. Bicaranya buat kita secara langsung masuk ke dalam isi yang mahu disampaikan. Baca blog ini.
Petang tadi, ketika melihat senarai blogger yang mengemaskinin laman mereka, tulisan ini: perkongsian: blogger=da'ie membuatkan aku mengulang bacanya sebanyak dua kali kerana merasakan ia pesanan yang penting untuk diri yang suka menulis blog.
"Blog yang nak sebar Islam, tak semestinya perlu dalam bentuk artikel dan sebagainya. Puisi pun boleh, cerpen pun boleh, novel bersiri pun boleh, diari pun boleh, pengalaman pun boleh, macam-macamlah." Langit Ilahi.
"Maka, janganlah kita anggap blog kita sebagai ’satu tempat mengajar orang lain’, tetapi lihatlah blog kita sebagai ’satu medan memperbaiki diri, dan mengajak orang lain ke arah yang sama’. InsyaAllah, manfaatkanlah minat berblog ini. Jadilah Da’ie yang berblog. Bukan sekadar blogger yang berdakwah."-Hilal Asyraf
Beberapa hari lalu, aku tertarik dengan tajuk entri kak fynn jamal : mereka ujar ajarkan aku menulis lalu katanya yang ini aku simpan.
"tidak sukar untuk mendapatkan jiwa dalam menulis. cuma perlu jujur dan benar2 yakin yang sudah sehabis jujur perasaan dicurah ke dalam tulisannya. lain orang ada lain cara hidupnya, maka kenapa perlu kita tiru2 gaya marah orang, gaya cinta orang, gaya kosong orang? melainkan kita benar2 tahu apa kita rasa dan kebetulan pula sama dengan sesiapa, jangan sekali2 dipaksa jiwa untuk memperakui sesuatu yang tidak dia rasai."- fynn jamal.
Titik. Peringatan untuk diriku yang sering lupa...
Nota Sebelum Titik: hadirnya hati itu penting dalam proses menulis.
Mencari spirit menulis.
11.50p.m/28-11-2010
Qamar Jamilah, Mahang.
Comments
salam'alayk.
jamilah,
umy suka sungguh2 semua quote dlm nie. hilal asyraf, fynn jamal dll.
taknak berpatah balik lagi.
bebaskan, lepaskan, lontarkan segala rasa, walaupun mungkin kata orang ia racun berbisa, pada kita biarlah jadi perisai.. jadi senjata~ :D
kerana HANYA pada kita, ada segala RASA. hargai seboleh-bolehnya. :)
slmt trus menulis.
jamilah, tekad apa khabar?
hehe. :D
wassalam, umairah shafei.
Umy, juga terus menukil kata-kata itu.
Hm... insya Allah doakan'TEKAD' itu. Sudah dihantar manuskrip penuhnya, menunggu kata seterusnya daripada editor. [mood menunggu]
=]
doakan.