Sebut soal cinta, mata yang mahu terpejam boleh terjaga. Bicara soal kahwin, yang lapar jadi kenyang. Cakap soal nikah mudah sahaja kata nak cepat-cepat. Sedang diri nan satu ini tidak mampu dijaga. Bagaimana mahu menanggung sebuah tanggungjawab yang besar jika tanggungjawab pada segumpal darah merah yang bernama hati sendiri belum tertunai.
Ah, hati bagai ada taman setiap kali bicara soal cinta. Sudah menjdi ghalib pula apabila dikata yang kita belum punya 'teman tapi mesra' atau bahasa mudahnya 'awek' dan 'balak'. Sungguh sejak sekolah aku gentar untuk bicara soal ini. Cakap soal cinta sebelum kahwin dan tanggungjawab selepas kahwin kerana aku tahu diri masih tidak bersedia ke arah itu. Sampai bila? Aku sedar itu pula yang akan ditanya sedang diri sudah menjejak dua puluh satu tahun. Mustahil belum ada yang berkenan.
CINTA BAGI AKU
"Berikan cinta kepada yang berhak, maka kamu akan memperoleh cinta milikmu." Entah kata-kata milik siapa yang aku petik. Naudzubillah... Ya Allah, lindungilah aku daripada cinta sebelum saat lafaz sakinah terlafaz buat diri ini. Sungguh aku sangat takut memandang realiti yang memberitahu bahawa manusia kian hilang malu. Rasa cinta dilafaz hingga hilang kemurnian dan kesucian cinta yang merupakan satu anugerah Allah. Walau banyak isu semasa yang aku terlepas, banyak perkara yang aku tidak tahu, sedikit yang aku tahu itu mengkhabarkan bahawa maksiat sudah jadi biasa dan kebaikan dilihat suatu yang pelik dan janggal.
Allah, berikan aku cinta setelah aku diijabkabulkan. Ya, ini permohonan sekeping hati milik aku. Sungguh usia jagung pernah 'tersuka' kepada seseorang namun ujian Allah itu menyedarkan aku hari ini. Perasaan yang hilang itu Allah gantikan dengan rasa untuk mendapat cinta setelah aku bergelar seorang zaujah/isteri/wife. Aku sentiasa berharap untuk beroleh cinta lelaki setelah aku selesai diijabkabul bukannya saat ini. Sungguh, sedih amat melihat mereka yang Allah uji dengan 'couple.'
REALITI
Kalau dalam drama televisyen jangan cakaplah. sejak dahulu hingga sekarang soal cinta lelaki dan perempuan yang menjadi inti cerita. Boleh dikira drama/filem yang cuba untuk lari daripada kebiasaan hinggakan kita melihat cinta seperti satu keperluan yang mesti kita dapat. Ditambah novel yang menjadi kegilaan remaja bersekolah menengah. Aku pernah merasakan fenomena itu walaupun tidaklah terlalu ghairah membaca novel cintun. Hingga satu tahap aku sudah 'meluat' untuk menatapnya lagi kerana aku tahu cinta begitu hanya wujud dalam novel dan jalan ceritanya sama, hanay plot diubah sedikit.
Benar, jangan pandang pada luaran seseorang. "kami couple untuk studi." "Dia kejut aku Subuh."
Alasan belum dicipta dengan seribu madah dan kata, sedang realiti yang Allah telah rakamkan dalam al-Quran:
"Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat."
(al-Isra’:32)
(al-Isra’:32)
Anak luar nikah tidak akan ada jika tiada couple-rapat-percaya pasangan-rela-mahu cuba-zina.
Yang Kita Perlu...
Kita tidak perlu menjadi terlalu sempurna. Cukuplah kita menjaga hati kerana hatilah yang menjadi raja mengawal seluruh jasad. Rosak hati, rosaklah jasad. Bukan jasad secara ma'nawi namun maksiat terasa senang untuk dilakukan kerana rosaknya sekeping hati.
Wahai diriku, kembalilah ke jalan Allah...
"Ya Allah tetapkan hati kami dalam iman dan sabar."
Nota Sebelum Titik: Dunia akhir zaman.
11:44p.m
Dalam bilik,
Satu Hati, La Khauf
Comments