Debaran! Doakan saya! Ini sudah jadi kerja rumah! |
Saya tidak tahu sebenarnya wajar atau tidak saya nyatakan akan hal ini di sini. Tetapi saya mahu juga menulis perasaan itu...
Saya mula dihantui debaran dan takut kerana perjanjian saya tentang manuskrip itu belum saya penuhi. Saya belum menghantar pembaikan TEKAD kepada tuan editor sebagaimana sepatutnya. Memang saya sedang mencari nahas dan seakan cuba untuk merasa bagaimana dikejar editor. Saya bukan seorang penulis yang ada pengalaman tentang ini. (ah, saya bukan penulis pun). Terkejut saya pagi tadi setelah dua bulan berlalu, saya diingatkan tentang manuskrip itu... kalut...
Melihat e-mel yang dihantar tuan editor tadi membuat jantung saya makin laju rentaknya. Terasa mahu cepat-cepat hantar pembaikan itu, namun hakikatnya saya belum siapkan lagi walaupun ia hanyalah untuk tiga bab... (masih sempat pula menulis di sini..)
Apakah sempat? Mereka mensasarkan Januari sebagai tarikh akhir untuk menghantar manuskrip penuh sedangkan pembaikan itu belum saya langsaikan.. Saya perlukan seseorang untuk membantu saya mengedit cerita ini sebenarnya namun saya tidak tahu siapa. Sifu sudah setuju dengan manuskrip yang saya tuliskan itu namun pihak syarikat penerbitan mahukan aku mengolahnya kembali..
Allah, semoga saya berjaya laluinya.. =)
Okey, sekadar mencerita meredakan debaran sendiri. Selepas ini lihatlah sayalalu menulis di blog ini atau tidak.. Doakan saya dapat realisasikan impian nan satu ini.. Dengan izin Allah... Amin.
Nota Kecil Hujung Entri: Huh! Pagi tadi aku tersilap lihat jarum jam. 5.30 disangka 6:30 pagi. Kalut ke bilik air, ingatkan sudah lambat, namun dilihat jam sekali lagi rupanya baru 5:30 patutlah Rokiah menyoal aku berulang kali benarkah sudah 6:30 pagi? Ish...
Comments
u can do it my dear...
tahniah akan sibuk...
hehe...
2 la...
(ucapan dlm rahsia)
Kwang3x... Boleh merayap-rayap. jalan-jalam,nontpn... ITD.. hm..
tak denya istilah 'sibuk' dalam kamus Jamilah..