Kantan depan rumah. |
"anak, ini bunga kantan." Hah! ketika itu mungkin anak aku tidak pun mengenal tumbuhan kampung sebagaimana aku yang generasi kini payah untuk mengenal pokok kampung.
Hari ini aku mahu bercerita tentang bunga kantan. Aku terjumpa laman ini, :Segalanya Tentang Tumbuhan: . berkaitan pokok-pokok, aku merjuk ke sana. Sangat bagus untuk mencari tentang tumbuhan. Macam-macam ada termasuklah tulip. =]
Jangan tidak tahu yang kantan bukan hanya nama tumbuhan namun nama tempat yang letaknya di Kajang. Sungai Kantan. Malah ada sekolah di situ namanya sekolah Agama Sungai Kantan. Setelah melihat di google map, aku tampalkan di sini sebagai bukti. ^nanti aku cari daun mahang pula.^
Kantan dikatakan asalnya dari Malaysia dan tumbuh meliar terutamanya di tanah lembap. Benar, tanamnya mudah dan tidak perlu penjagaan rapi. Aku pernah mendengar bapa saudara aku mengatakan yang perniagaan bungan kantan juga ada tempat dalam pasaran. Sebatang bungan kantan dijual secara pukal pukal lima puluh sen.. (kalau tidak silap..) dan bunga ini bukannya sekuntum bungan sebatang pokok..
Baik, kita lihat pula apa gunanya pokok yang bernama kantan ini. Paling utama dan yang aku tahu bunga kantan dijadikan perisa dalam kuah laksa. Sekuntum bungan dipotong empat dan dimasukkan dalam kuah laksa. Boleh guna dipotong kecil-kecil dan dibuat ulam iringan untuk laksa.
Juga, dikatakan bunga kantan adalah sebahagian ulam untuk nasi kerabu dan masak asam.
Selain itu, bunganya boleh dicelur dan dimakan bersama sambal belacan.
^kecur air liur...^
Batangnya boleh digunakan untuk mengubat bengkak-bengkak, selain ubinya dijadikan perisa dalam makanan.
Bijinya digunakan sebagai ubat sakit telinga.
Akhir sekali bunganya digunakan dalam jambak bunga. {aku tak tahu kebenarannya.}
Apa yang kita boleh belajar daripada pokok kantan ini?
Pokok kantan mempunyai sikap berdikari apabila dia tidak bergantung kepada penjagaan rapi untuk meneruskan hidup. Walaupun tumbuh meliar, seluruh tubuhnya boleh kita manfaatkan.. Lihatlah, daripada batang hingga ke ubi...
Bagaimana aku?
Wassalam....
Nota Sebelum Titik:aku ada cerita dengan daun kari.. =] Hm, kenangan tu. Nanti nak cari pokok daun kari {daun karipulai}...
tentang pokok sekeliling rumah.
12.54am, 28.11.2010
Qamar Jamilah, Mahang.
Comments
kalaulah di jordan tanam kantan..
dan tulip..
syukur jua atas segala yang ada.
di Jordan ada apa yang tiada di Malaysia.
=]