Disember Hlovate ada buku baru? baca sini [blog hlovate yang diupdate] |
versus [sumber gambar sini.] |
"Oh, saya sudah jatuh hati dengan gaya cerita beliau."
Saya tidak mahu nukilkan kisah siapa beliau. Memang Hlovate seorang yang sangat low profile kerana tidak penting siapakah hlovate, namun karya beliau memang menyentap jiwa. Terutamanya anak remaja yang sangat gemarkan bacaan yang tidak memberatkan fikiran mereka. Tidak terkejut saya lihat lelaki juga 'layan' cerita Hlovate. Di situlah letaknya kekuatan cerita Hlovate.
Apabila sudah minat dengan karya penulis, saya suka mengumpul koleksi dalam bentuk buku bukannya soft copy. Maka, satu demi satu novel beliau saya beli hingga mencukupkan tujuh buah semuanya. Terasa lagi puas membaca novel dalam bentuk hard copy begini. =]
Novel Hlovate dalam hard copy:
- 5 Tahun 5 bulan
- [tunas]
- aA+bB
- Rooftop Rant {pilihan saya}
- Versus {pilihan saya}
- Schubert's Serenade [Tiga Ceritera dalam sebuah Gurindam Jiwa]
- Ked's Story [Tiga Ceritera dalam sebuah Pelangi]
Sungguh. Terima kasih Hlovate! Menghidangkan kami dengan 'cerita luar alam'.
Sudah saya membebel. Masuk sedikit yang punya makna..
Jamilah, apa istimewanya cerita Hlovate:
- bahasa yang anak muda faham [bahasa yang menngunakan percampuran begini ada pro dan kontra. apabila bacaan begini menjadi bahasa bualan pula. tidak sesuai untuk yang akan mengambil kertas bahasa melayu upsr, pmr, spm, spm Julai, stpm, dan seumpamanya. Saya layan apabila Hlovate yang tulis guna bahasa begini. Secara tidak langsung, ada juga perkataan English yang belajar. :)]
- Letak agama nombor satu [seorang watak kalau nakal setara mana sekalipun, akhirnya dia akan kembali kepada Allah. cikai mana pun watak, agama tetap ada.]
- bercerita tentang pelajar luar negara [ini cerita kegemaran saya. novel berlatar belakang luar negara. enjoy!]
- gaya bahasa yang tidak memaksa. [dalam watak-watak yang hlovate bina, didatangkan teladan dalam peribadi bukannya dihidangkan ulasan berjela. Pembaca tidak merasa terpaksa tetapi. terdorong apabila melihat watak yang punya teladan yang baik.]
Penutupnya, saya setuju jika ada yang berkata bacaan membetuk peribadi. Luaskan makna membaca itu... =] Bukankah iqra' itu bukannya bermakna 'baca buku' sahaja?
Wassalam.
Nota Sebelum Titik: there're times when strangers are like family, and family are like strangers. -Rooftop rant, Hlovate.
Comments
tapi tade semu hard copy. Ulang soft copy saje )=
akak layan novel jemari seni ni..
=)
Okeylah, soft copy kan lagi original...
Tapi yang FT tu Tuhan Manusia tak ada... sebab dah baca ainul punya. haha. Dan Tunggu Teduh Dulu hilang.
Hilal pun saya kumpul! dan Nisah Haron juga.. huhu..