Skip to main content

PENULIS: Siti Munirah Abdul Rasyid Pada Kaca Mata Jamilah

Assalamualaikum...

Jemari Jamilah mencoret lagi pada halaman Villa Igauan ini. Kali ini Jamilah tiada kisah mahu dikongsi namun mahu memperkenalkan kalian dengan seorang penulis muda yang sedang mencipta nama dalam arena penulisan. Jemputlah baca contengan kecil ini...

Perkenalan aku dengan Kak Munirah bukanlah di alam nyata pada mulanya. Qamar Muneera menemukan kami, kebetulan pula sahabat aku, Ainul Salasiah pernah bersekolah dengan beliau. Hanya seketika aku mengenali beliau setelah alamat blognya hilang daripada simpanan dan aku tidak tahu lagi cara untuk berhubung dengan Kak Munirah.Maka, hubungan kami terhenti sejenak.

2009. Ketika Diskusi buku MPR yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka menemukan kami semula. Aku tidak menyangka yang rupa-rupanya beliau merupakan salah seorang peserta Minggu Penulis Remaja 2009. Subhanallah, kecilnya dunia..

Maka, setelah itu, aku kembali mengikuti perkembangan Kak Munirah. Blognya kembali aku ikuti dan... Subhanallah, ketika Kuala Lumpur International Book Fair 2010 yang lalu, beliau sudah melancarkan novel sulung beliau, Perindu Pelangi yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu. Kemudiannya beberapa cerpen beliau mula menembusi Berita Harian dan beberapa majalah lain.. Makin tajam pena yang diasah Kak Munirah...

Ramadhan ini, buku baru baru beliau yang diterbitkan PTS akan menemui pembaca... Dan beliau juga sedang menyiapkan manuskrip seterusnya... Aku jadi kagum dengan ketekalan beliau yang terus menulis etelah kembalinya daripada MPR tanpa langsung menggantung pena.

Tulisan Kak Munirah aku rasakan istimewa kerana cerita beliau terasa dekat dengan pembaca *pengalaman baca perindu pelangi*. Beliau seakan membawa kita ke dalam cerita sekaligus cuba mendidik jiwa dengan penyampaian yang diberikan... Bukan sekadar cerita, namun 'ibrah yang terkandung tidka terbayar. Apatah lagi, sebagai seorang hafizah, beliau menyelitkan cerita daripada al-Quran lalu diolah menjadi cerita yang manis didengar.

Aku terasa yang Kak Munirah boleh pergi jauh dan jauh... Aku tidak dapat menafikan yang penulis wanita yang menulis dalam genre Islami masih kurang dibandingkan penulis lelaki. Jika untuk novel popular dan cinta remaja *maaf berkata* memang dipelopori oleh wanita, namun untuk bacaan yang lebih serius kebanyakannya lelaki..(ini pemerhatian aku sahaja). Maka Kak Munirah tampil dengan penanya untuk bersama-sama mendidik masyarakat dengan penanya...

Alhamdulillah, sedikit tulisan aku tentang beliau yang aku mahu kongsikan.. Usianya hanya setahun tua daripada aku namun beliau sudah bergerak jauh... Ah, usia hanya bilangan...

Kak Munirah, semoga terus sukses.

Nota Kecil Hujung Entri: Doakan keselamatan beliau yang Insya Allah akan berangkat ke Mesir untuk meneruskan pengajian

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub...