Bukan basikal sebenar |
Langit yang cerah seperti memberi harapan baru untuk dia. Jendela dibiarkan luas, membiarkan angin menderu menyejukkan batang tubuh yang terasa hangat. Beberapa kali sudah dia mengelap mata, mungkin ada habuk yang melekat. Sedang di tangan tidak lepas memegang tisu. Sungguh dia tidak menjangka kenangan lama kembali menjengah.
Dia ternampak seorang anak kecil yang girang. Ini kisah suatu petang ketika dia berada di tahun dua sekolah rendah. Walaupun berada di kelas nombor dua, dia seronok apabila setiap kali peperiksaan dia mendapat nombor satu. Itulah anak kecil berusia lapan tahun yang namanya Jamilah.
Ketika tahun satu, ayah dan mak tidak menjanjikan apa-apa setelah dia mendapat nombor satu. Dan dia tidak pernah mahu meminta, walaupun dia merupakan anak bongsu. Bagi Jamilah, dia hanya pelajar kelas nombor dua. Sekolah petang juga nombor satu milik dia. Sekolah pagi milik dia. Dia seronok apabila dapat naik pentas walaupun hadiahnya bukannya pingat, hanya buku tulis dan kotak pensel. Dia suka.
Tahun ini -darjah dua- mak dan ayah janjikan dia sebuah basikal jika dia dapat nombor satu lagi. Mana tidaknya sekarang dia hanya meminjam basikal kakak. Mana tidak seronok seorang pelajar berusia lapan tahun ditawarkan hadiah sebuah basikal.. Jamilah tersenyum riang..
Pergi kedai Cina Aping (kedai basikal) jamilah sudah melihat basikal yang menjadi idamannya... Basikal warna merah berbintik hitam. Hanya sebuah basikal Rally biasa.
Akhirnya, hujung tahun Jamilah mendapat nombor satu lagi. Betapa sukanya dia kerana akan mendapat hadiah basikal..
Hujung tahun, ayah bawakan dia ke kedai Aping. Pilih sendiri basikal yang Jamilah mahukan. Ayah membayar secara tunai. Betapa seronoknya Jamilah ketika membawa pulang basikal itu.
Mahu ditunjuk pada Mak. Pada kakak-kakak..
Oh, basikal itu dijaga dengan begitu baik.
Hadiah kerana mendapat nombor satu.
Namun siapa sangka itulah hadiah terakhir mak untuk anaknya.... Mak hanya melihat beberapa bulan dan Jamilah sudah tidak ingat sempatkah mak menaiki basikal barunya itu.
Mak sudah dijemput Ilahi ketika Jamilah kerana umurnya hanya takat itu.. Semua kita akan mati, Allahlah yang tahu tarikhnya....
Cahaya kilat yang terpancar mengejutkan gadis yang masih di kerusi meja belajarnya. Guruh yang berdentum menyentakkan dia daripada kembali ke zaman anaknya. Cepat-cepat dicapai daun jendela, menutup rapat tingkap sebelum hujan turun.
Nota Kecil Hujung Entri: mengimbau kenangan
Comments
ei, akak tulis x merapu lah!!!!!
so jgn kata merapu k.... :P