Skip to main content

...Sembang Pasal Sahabat...

 Hari ini aku nak menconteng tentang sahabat yang baik pada pandangan seorang Jamilah. Aku ini bukanlah pandai pun nak berbicara tentang ukhuwah, tentang sahabat, tentang persahabatan kerana Allah tanpa ada unsur lain.. Tentang sesuatu yang bernama persahabatan. Sebab aku tak punya ramai kawan di alam nyata. Aku bukannya spesis yang pandai jaga hati orang sangat.. Hanya buat apa yang aku mampu dan berusaha untuk tidak menyakitkan hati orang walaupun mungkin terjadi tanpa aku sengaja...

Maka, bermulalah catatan aku tentang sesuatu yang bernama PERSAHABATAN.

Aku bersyukur sangat-sangat kerana Allah temukan dengan orang baik di sekeliling aku. Walaupun aku muka ketat dan susah untuk menegur orang, orang masih berwajah manis dengan aku. Mereka yang sebilik dengan aku semuanya baik-baik belaka. Walaupun aku spesis tak lekat langsung dalam bilik, mereka masih menerima aku selayaknya..

Hm...

Persahabatan itu tidak dapat diukur dengan tali tape. Ukurannya tiada siapa yang tahu kerana rasa manis bersahabat itu hanya dapat diberitahu oleh mereka yang pernah merasainya..

Kalau kita bersahabat dengan orang kerana sesuatu tujuan, hanya itulah yang akan kita dapat. Namun kalau kita bersahabat atas nama Allah, Insya Allah persahabatn itu akan kekal selamanya.. Kalau berpisah pun  masih ingatkan sahabat kita.. Hm...

Aku teringin menjadi sahabat yang baik. Sahabat yang jujur dengan sahabatnya.. Baik atau buruk akan ditegur.. Akan menerima apa yang ada pada sahabatnya dengan hati terbuka... Aku mahu jadi sahabat yang kenal sahabatnya luar dan dalam .. Namun hakikatnya tidak..

Kadang terasa yang aku ini jahat dengan sahabat aku.Aku tidak tegur walaupun nampak lompong pada sahabat aku. Aku diam walaupun aku tahu dan sedar. Mungkin aku takut dia terasa... Namun sebenarnya aku hanya tiada keberanian.. Aku boleh menegur dengan mata pena, namun dengan lisan sangatlah payah..

Dan aku sangat suka jika ada sahabat yang sudi menegur kelompongan yang terlihat dalam diri aku. Aku sangat hargai kalau ada orang sudi mengata tentang kekurangan aku, kerana aku lebih suka belajar daripada kejian bukannya pujian..Aku takut lemas dan tenggelam...

Sahabat, persahabatan... Semoga ia bukannya hanya manis di bibir namun persahabatn inilah yang membimbing kita menuju redha Allah..

Amin...
Nota Kecil Hujung Entri:

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك