Skip to main content

Jangan Baca Entri Merapu Ini...

Lagi dua hari sebelum pulang ke kampung. Aku tidak ada rasa apa-apa. Aku tidak bersedia apa-apa. Aku tidak beli apa-apa. Tidak seperti orang lain yang membeli itu ini untuk keluarga.. Namun aku hanya seperti biasa. Perut sendiri sahaja yang dipenuhi..

Sesungguhnya aku bukannya orang baik. Aku tidak seperti orang lain..



Membiarkan jemari berkata-kata sambil mata sudah disimbah air mata. Ini entri emosi. Aku mahu menumpahkan emosi di sini.. Pada blog ini setelah aku sudah tidak lagi menulis diari.. Biarlah. Aku tidak kisah siapa yang baca dan apa pandangan orang.. Aku hanya menulis rapuan di sini.. Kata-kata aku, ini bukan blog orang baik..


Aku ini sudahlah tidak pandai hargai orang, tidak peramah suka pula nak sakitkan hati orang.. Makin hari makin menjadi pula perangai itu. Aku terasa sakit, namun aku diamkan cuma.. Biarkan!!!! Itulah hati kering yang tidak disimbah nur al-Quran..

Ya Allah... hanya beberapa hari lagi untuk kami bersama....

 Sungguh kata-kata ustaz dalam kelas kena dengan diri. Duduk dalam satu bilik pun tidak kenal nama. Itulah aku... Orang yang sangat tidak baik dengan alam itu sendiri.. Aku tidak membuka ruang taaruf dan tidak pula berusaha membaiki diri..

Ruang ada namun aku memilih jalan ini. Diam seakan di bumi hanya ada aku seorang diri...

Kadang bahagia, kadang berteman air mata....

Ya Allah, apalah yang aku rapukan ini..................................

Benar-benar, aku mahu menulis lagi...... Keluarkan semua yang ada dalam hati ini. Biar lega, tenang....



Walaupun mereka ada di sisi, aku jarang senyum dengan mereka hinggakan mereka selalu suruh aku senyum... Jamilah, mahal sangatkah senyum itu??? Bukankah dengan gembirakan hati orang kamu akan bahagia???

Kamu suka tunjuk macam kamu sedih. Kenapa? Allah dah beri rasa gembira kamu tidak bersyukurkah??????

Sejak dahulu, zaman sekolah dahulu, orang akan tegur aku yang berwajah masam.. Aku jarang senyum...........................


....


hilang kata.








titik.,

Comments

AinuL HayaT said…
Salam ziarah :))

Walaupun tajuk entri ni begitu, tapi lagi la ina nak baca...hihi...jujurnya ina suka la baca tulisan akak :)
akak jujur dengan diri sendiri...jadilah orang pertama yang hargai diri sendiri k :)

Biar apapun pandangan manusia, kita UTAMAKAN pandangan ALLAH :))

Senyum???...senyumlah pada mentari yang menanti di hadapan ...
jamilah said…
AinuL HayaT,

Wassalam atas ziarah. (@_@)

Hm, akak suka menulis apa yang terlintas ja Ina.. Sebab kalau nak bercerita dengan lisan agak susah.. jadi inilah cara akak luahkan rasa. haha.

Betul!!! UTAMAKAN pandangan ALLAH... Kita akan bahagia biar keadaan apa sekalipun kita.

harap tidak terganggu dengan entri yang kadang mungkin bersifat peribadi.. Akak tulis je apa nak nak tulis. huhu..

Senyum... Sejak dulu belajar, sampai sekarang masih muka ketat... Hati kurang nur mungkin. Hm...

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك