Skip to main content

...Sekadar Contengan Jamilah...

Malam ini keadaan makin sunyi. Ketika aku keluar seketika tadi, sudah kedapatan teman yang akan pulang ke kampung. Aku hanya memandang. Seperti biasa, aku suka menjadi insan terakhir yang pulang. Memilih tarikh yang lambat.. Selalu aku begitu...

Teringat pula kisah di Nilai yang mana aku masih berada dalam bilik sedangkan pintu pagar mahalah sudah terkunci. Aku tega bersendirian di situ.. Aku pasang ayat al-Quran sentiasa hinggakan itulah peneman lenaku.. Berbuka dengan apa yang ada.. Seingat aku dua hari aku di situ hinggalah mak guard sendiri naik untuk meninjau.. Rupanya ada orang. Kata mak guard, kus semangat juga dengar bunyi benda dari atas. Rupanya ada orang..

Itu ketika di matrik...

Zaman sekolah, hari terakhir sebelum bercuti untuk  menyambut aidilfitri, kami akan bersalaman dengan cikgu-cikgu di surau.. Sangat seronok.. Dapat juga duit raya seringgit dua.. Alhamdulillah... Yang penting aku dapat baju raya ketika tingkatan empat dan lima.. Percuma lagi!!!

Hm.. Itu kenangan menjelang raya. Raya tahun ini?? Aku sudah besar.. Kemeriahan itu hanya ketika aku masih di bangku sekolah. Sekarang aku hanya rasa biasa.. Hari aku biasa.. Semua bagi aku sekarang biasa.. Sangat biasa.. Kerana aku sudah hilang rasa...

Comments

AinuL HayaT said…
Akak...ina muncul lagi untuk titipkan tinta di sini...hihi

baca luahan rasa akak ni, kelakar la...tiba-tiba teringat cerita lak...hihi

time menulis ni, ina pun di antara orang yang tak blik lagi...kwan2 termasuk roomate dah selamat sampai di rumah,,..tapi ina lain rencananya, tidak seperti kawan2 yang cuti je terus balik rumah,...huhu....ina banyak transitnya...hahaha

sebut duit raya, ina dah dapat...lec linguistik tu baik sangat...setiap pelajar dia bagi, memang murah rezeki dia :)

k la akak...selamat hari raya, doa ina...semoga aidilfitri yang bakal tiba menjanjikan sinar keberkatan dan keriangan abadi buatmu :)
jamilah said…
AinuL HayaT,

Datanglah mencelah di sini. =) Suka akak baca titipan Ina..

Nanti kita boleh ke The Mines sama-sama.. Haha, tentu Ina teruja kalau ke Gramedia tu.. =)

Bestnya besar-besar dapat duit raya lagi. Bagus betullah lectrer tuh.

Amin.. Semoga Ramadhan ini beerti buat kita.

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub...