Skip to main content

Tulis Lagi...

 Masa: 9:48-10.00
Tarikh: 1 Syawal 1431
Lokasi:Bilik Beradu, Kedah

1 Syawal 1431 bersamaan 10 September 2010. Tahun ketiga aku bergelumang dalam dunia blogging. Entah sudah berapa kali Jamilah menulis dan mendelit, kemudian menulis kembali, padam pula, dan kali ini membuang semua catatan di sini, lantas mencoret catatan baru...

Mungkin ini sebahagian hobi saya: Memadam entri, kemudian menulis entri baru.

Saya ini manusia emosi. Jadi tulisan selalu berlandas perasaan, kadang luahan... Saya hanya mahu berkongsi perasaan dengan menukilkan pada blog yang mana saya senang begini... Saya bebas meluah, dan kalian bisa memilih untuk membaca atau meninggalkannya...

Seperti biasa, dan saya rasa cara penulisan saya tidak berubah. Saya masih saya yang lama, dan tulisan saya masih yang dulu. Cuma saya terasa mahu memadam (bukan padam sebenarnya, saya pindahkan ke blog lain!) Mungkin jika teringat saya akan poskan semula entri yang perlu.. Yang penting saya tidak boleh meninggalkan dunia blogging yang sudah menjadi sebahagian daripada Jamilah..

Saya menulis... menulis.. dan terus menulis.. Kerana dengan menulis saya boleh meredakan perasaan. Jika jiwa kacau, makin saya mahu menukil dan terus menconteng.. Ketika gembira, saya mahu kongsikan kegembiraan bersama-sama.. Saya tidak terasa saya sendirian bila saya menulis...

Saya tenang menulis...

Saya kembali menulis blog ini menggunakan uslub diari.. Saya mahu menulis diari di alam maya dan membiarkan sesiapa sahaja membacanya setelah diari saya hilang.. Biarlah dia hilang bersama-sama kenangan yang bersemadi di dalamnya...

Maka, dengan lafaz bismillah saya mulakan kembali penulisan di sini..

Semoga Allah redha dengan apa yang saya tuliskan dan ia tidak membawa saya kepada maksiat dan lagha... Saya menulis untuk berkongsi perasaan... Cerita saya biasa, namun  biarlah yang biasa itu jadi kenangan untuk saya tatap suatu hari nanti..

Sekian,
Jamilah Mohd Norddin.

Nota Kecil Hujung Entri: Saya akan tulis dan terus menulis.. Biar hanya contengan satu perkataan... =]

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub...