Skip to main content

JAMILAH & SARAH: MENJEJAK GRAMEDIA DI THE MINES

Aku rindukan bau-bau buku. Mahu menjejak satu demi satu kedai buku yang terdapat sekitar Kuala Lumpur bagi menghirup kesegaran buku yang sangat menyegarkan minda, membuatkan hati bahagia hingga lantas aku tersenyum tanpa tersedar. Hidup dikelilingi buku-buku adalah suatu impian yang masih ada dalam sanubari ini..

Mendengar ada sebuah kedai buku besar bernama Gramedia di The Mines, Serdang pada tahun lepas membibitkan rasa mahu ke sana. Tetapi bagaimana? Sesungguhnya aku segan untuk mengajak sesiapa menemankan aku ke sana. Aku khuatir hanya akan membebankan mereka.

Malam merdeka: Sarah bertanya sama ada aku mahu ke mana-mana esok kerana dia mahu mengikut. Aku katakan yang aku tidak mahu ke mana-mana memandangkan rasa malas sedikit menguasai diri. Terasa hanya mahu berada dalam bilik. Tetapi keadaan berubah menjelang pagi.

“Sarah nak ke mana-mana? Jom keluar.”

Sarah mengajak aku ke Berjaya Times Square pada mulanya kerana dia mahu mencari beg tangan. Aku mengiakan pada mulanya, namun kemudian aku terfikir yang baik juga aku mengajaknya ke The Mines. Bolehlah aku menunaikan hajat hati yang terlalu kepingin menjejakkan kaki ke Gramedia. Setelah aku suarakan, Sarah bersetuju walaupun pada mulanya kami tidak tahu cara untuk ke sana.

Perjalanan dari Gombak menaiki Rapid KL 231, LRT ke KL Sentral, KTM ke Serdang, kemudiannya menaiki teksi ke The Mines. Alhamdulillah, setelah hampir dua jam juga kami dalam perjalanan sebelum sampai ke sana.

Destinasi pertama yang mahu aku jejaki tentulah Gramedia. Sangat pentingkan diri. Abaikan dahulu yang lain, asal sahaja kedai buku yang aku idam berada di depan mata.

Okey. Di tingkat tiga, sebelah kedai Reject Shop. Aku peroleh maklumat daripada seorang Guard Kedai Emas. Kami terus ke sana.
Tangkap gambar sekeping sebelum masuk ke dalam. Tanda kenangan kami pernah sampai ke sini. Alhamdulillah, keriangan di hati tidak dapat dinukilkan dengan kata-kata. Aku percaya bawa duit sebanyak mana pun akan habis di sini. Di kedai Gramedia.

Aku meninggalkan Sarah sendiri. Beralih daripada satu rak ke satu rak mencari buku yang aku kehendaki. Ada buku-buku Pak Pram yang belum pernah aku uliti. Ada buku Asma Nadia.. Ya Allah, aku mahu memiliki buku-buku ini.. Jujurnya aku jarang mengulit buku Indonesia, namun tulisan Kak Munirah MPR 2009 lewat catatan di blognya seakan membuka demansi akal aku. Aku mahu mengulit buku-buku hebat untuk menulis dengan lebih baik. Tentu sangat seronok jika aku sendiri berpeluang shopping buku di Indonesia.. Ya Allah... =)

Mahu buku ini, buku itu, tetapi duit dalam tangan hanya ada sekeping not biru. Benar-benar perlu mencatu buku manakah yang mahu dibeli. Ambil buku Emine Syenlikogin bertajuk Weil China, kemudian terpaksa melepaskan. Pegang buku itu, namun letakkan kembali. Bajet.

Akhirnya hanya tiga buku yang berada dalam tangan.

Ketika membayar, kakak di kaunter pembayaran memberitahu yang mana ada diskau 50% untuk buku-buku Indonesia. Bayangkan betapa keterujaan aku ketika itu. Ya Allah, andainya duit aku ada ketika ini, banyak sudah buku yang akan aku ambil satu-satu. Bayar dahulu, kemudian beredar seketika..

Masuk kembali untuk kali kedua. Aku mengambil keputusan untuk hanya membeli buku-buku Indonesia. Buku PTS nanti boleh sahaja aku dapatkan secara online... Aktiviti aku di awal semester... Aku pegang lagi, terasa macam mahu dapatkan semua buku Pak Pram, namun.... Aku letakkan semua dan hanya membeli Laskar Pelangi.

Tersenyum lebar ketika keluar daripada Gramedia. Sesungguhnya ini saat yang paling membahagiakan aku. Aku tersenyum lebar dalam kepenatan. Dalam keadaan aku sendiri berasa pelik dengan wajah sendiri. Terasa ganjil benar ketika melihat wajah sendiri.. Masih sempat merakam satu demi satu gambar memandangkan kami datang dari jauh. Berguna juga NIKON aku ini... Sangat berjasa kini.. Hmmm...

Urusan aku selesai sudah. Sampai masa menunaikan hajat Sarah pula. Menjejak tiga kedai untuk membeli beg tangan.. Akhirnya membeli di Hot Market.. Alhamdulillah, barang yang dicari berada dalam tangan dan aku sendiri membelek-belek cincin yang ada sebelum mengambilnya satu. Haha, apakah faedahnya? =) Makin suka aku membuat perkara luar alam sekarang ini...

Kami menjejak lagi kedai-kedai yang ada di situ. Sangat luas dan mujur sahaja tidak terlalu sesak. Menjengah ke bawah.. Kemudian kami ternampak air yang mengalir dan bot-bot kecil di tingkat bawah.Kata Sarah tidak sah kalau ke The Mines tanpa bertemu yang ini. Akhirnya kami tiba di situ dan saling bergambar. Sangat seronok hinggakan kami pulang ketika hari sudah sangan gelap menandakan mahu hujan.

Menaiki teksi dengan tambang yang cekik darah. Pasrah sahaja kerana masing-masing sudah penat. Aku letih... Menunggu KTM dalam keadaan hujan yang sangat lebat.. Mujurlah tidak terlalu lama, dan aku terus mencari koc untuk wanita. Ya, walaupun hanya untuk wanita, ada juga lelaki yang masuk dalam kawasan itu. Namun terasa tenang berada dalam kawasan yang tidak bercampur begitu.. Alhamdulillah...

Alhamdulillah, perjalanan lancar hingga akhirnya kami tiba di UIAM hampir lima setengah. Terus membuka lappy untuk memasukkan gambar.

Terima kasih Sarah menemankan aku menghidu bau-bau dan tentunya mencapai sebuah dua... Kita saling menemankan sebenarnya.. Dan terima kasih memilih cincin itu. Haha.

Sesungguhnya ini perjalanan kita berdua. Mungkin nanti ada perjalanan seterusnya ke tempat lain pua. Siapa tahu!!!

TAMBANG:
Uia-LRT Putra (rapid KL)=RM1
LRT Putra-KL Sentral (LRT)=RM2.40
KL Sentral-Serdang (KTM) =RM1.60
Serdang-The Mines (Teksi)=RM7
*Perjalanan balik tambangnya sama, hanya teksinya mencaj RM10...

Alhamdulillah.. =) =) =)
1 September 2010
0805
Qamar Cantik 1-1
Catatan kembara ke Gramedia.. Ada lagi kedai DBP, ITNM... Wah, banyak lagi kedai buku untuk aku jejaki.. hihi.. Siapa mahu temankan aku?

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك