Skip to main content

Tidak Mahu Minta Diskaun.

Pengalaman kita selaku pembeli tentunya mahukan yang murah-murah, termasuklah ketika membeli buku. Kita sentiasa sesuatu yang kalau boleh pada harga yang minimum dan kualiti yang terbaik. Aku sekadar mahu berkongsi suara hati yang sebenarnya sudah lama tersimpan lewat perbualan aku aku dengan Marziah..

Aku ingat lagi, Marziah bercerita yang dia sebagai pelajar seni diarahkan untuk belajar membuat bakul rotan selama sehari. Tentu kalian dapat bayangkan bagaimana gigihnya makcik-makcik yang kerjanya meraut bakul rotan. Dahulu pernah juga aku melihat sekali dua mak tikar yang dianyam sendiri, bakul rotan... Apa kata Marziah setelah pulang daripada belajar? Saya tidak mahu lagi minta diskaun kalau beli bakul rotan. Tengok susahnya mereka mahu menyiapkan walau hanya sebuah bakul rotan..

Subhanallah.. Maka aku terfikir.

Ya, mengapa aku hanya mahukan buku yang murah sedangkan aku tidak terfikir yang para penulis perlu memerah idea untuk menyiapkan karangan mereka. Sungguh aku tidak menghargai titik peluh dan curahan pena yang mereka berikan.Sesungguhnya harga buku yang dibeli tidak dapat dibayar dengan harga yang ditawar. Nilai ilmu itu.

Maka, aku cuba untuk tidak berkisah ketika membeli buku. Jika ada diskaun, itu rezeki. Sesekali aku teringat percubaan aku menghasilkan manuskrip yang masih terbengkalai itu juga memerlukan usaha. Bagaimana pula mereka yang berusaha menulis buku ilmiah? Perlukan kajian, kesungguhan kemahuan..

Kita hanya mahu yang murah...

Mungkin akan ada alasan yang mengatakan kami masih pelajar, tidak mampu. Hanya satu aku mahu katakan kalau kita mahu tidak akan ada alasan yang akan keluar daripada mulut. Kalau kita minta baca komik, tidak kisahlah berapa habis, catu makan kita sanggup beli komik.  SEBAB MINAT!

Jadi, jangan kedekut beli buku. Jangan asyik minta diskaun ketika beli buku. Tak salah kita sumbang kepada penulis buku itu... Mereka memberi ilmu jika bayar sedikit walaupun hakikatnya tidak terbayar ilmu yang dikongsi...

Alhamdulillah.. Setelah beberapa hari dapat juga aku kongsikan hal ini..

Catatan hujung entri: Kalau nak rasa benda tu, kena lalui.. Kita akan lebih menghargai... Aku sudah hilang rasa sekarang...

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...