Assalamualaikum,
Ini cerita semalam yang sepatutnya ditulis malam semalam.. Namun ia tertangguh hinggalah aku terasa mahu mencatatkannya pada pagi ini.. Sekadar catatan kecil...
Hari yang agak ribut mungkin semalam namun terasa manis. Dengan perasaan yang terasa bercampur-campur. Agak sedih ketika menghantar sahabat-sahabat yang pulang ke Kedah semalam *siapa suruh balik sendiri? Rasakan* Sangat seronok sebenarnya.. Seketika aku teringat baru tahun lalu aku menghantar mereka untuk pulang ke kampung di Nilai. Kali ini sudah berada di Gombak. Melepaskan mereka pulang dahulu. *Aku suka menjadi yang terakhir*
Melihat bas terakhir untuk pulang ke Kedah berlalu, aku tersenyum merelakan.. Semoga kalian selamat... Hanya itu doaku,... Sedang hati seakan mahu merenyai sebenarnya.. =(
Selesai. Mungkin sekarang mereka sudah selamat bersama keluarga. Aku akan bermusafir petang ini...
Malam sebelum semalam, aku cuba untuk menterjemah walau hanya satu syair yang dikarang Ahmad Syauqi, namun masih belum berjaya. Mahu last minute jugakah? Suka benar aku dengan kerja last minute.. Memang beri inspirasi namun sakit sebenarnya untuk menyiapkan...
Aku meletakkan kepala di atas meja, dan hanya terlena di situ.. Terjaga, terus online, bersahur dan alhamdulillah, ada juga sedikit tulisan untuk manuskrip terhasil.
Sempat ke ITD dan bertemu Ainul di sana.. Alhamdulillah, sempat bertemu beliau sebelum aku pulang ke kampung. Memang itu hasrat aku.. Semoga Ainul dah selamat sampai rumah. =) Sayang Ainul fillah.. Ainul sangat comel...
Okey, merapu!
Balik bilik, Anis *teman sekamar* sudah mahu pulang.. Argh.. mengantuknya dan aku terlena beberapa ketika..
"Jom ke Masjid Jamek."
Ya, aku ada sesuatu untuk dilakukan. Aku sangat suka. Terus seterika baju dan bersiap untuk keluar. Aku suka berjalan-jalan, memerhati masyarakat...
Ke Mydin, aku nampak bunga tulip. Ya, nanti memang aku akan tetap dapatkan juga. Walau bukannya tulip betul, aku senang melihat tulip. *simple-mimple, sangat suka*
Naik bas, ke Masjid Jamek pula... Lebih kepada melihat. Yeah! Aku berjaya untuk tidak membeli. Seperti biasa, nampak kedai buku, senyum mula melebar.. Mujur sahaja Tunas Cipta September ada hanya tinggal satu... Rezeki aku.. Boleh baca cerpen Aidil Khalid dan Kak Eja.
Jalan-jalan sampai akhirnya sampai ke Kedai Buku.. Wah, gila aku melihat sambungan Menunggu cinta Tuhan sudah ada di pasaran *lepas raya sudah ada di tangan. Mesti* dan Fanzuru sudah ada.. Tengok poket hanya ada duit syiling. Huh! Ingat buku yang bersusun dalam locker belum terbaca.. Geram! Geram!
Keluar dengan senyuman. Ambil bau sudah cukup. Kami pulang setelah membeli beberapa keperluan.. Alhamdulillah...
Masih sempat ke bazar untuk kali terakhir... berbuka denga bubur nasi untuk kali terakhir.. keluar lagi malam semalam.. terkejut dengan berat sendiri.. Haha... Asal sahaja beratku masih ideal sudah cukup. *hih! masih idealkah begitu?*
Perjalanan terakhir melihat teman-teman pulang ke kampung. Sob. Sob.. Nanti kena sekali balik dengan mereka. Merasa pengalaman Gombak. Konvoi balik ramai-ramai. Nilai merasa sekali.. hihi.. Aku suka menyaksikan orang lain berlalu dahulu sebelum aku sendiri berundur.. Perasaan yang aneh! Puas orang tidak melihat aku meninggalkan bumi UIA sedangkan aku boleh menghantar mereka.. =)
Alhamdulillah... Sekadar catatan perjalanan semalam...
=)
=)
=)
Nota Kecil Hujung Entri: Alhamdulillah 'ala kullihal. Tak ada perasaan nak balik. Biasa sahaja. =(
Ini cerita semalam yang sepatutnya ditulis malam semalam.. Namun ia tertangguh hinggalah aku terasa mahu mencatatkannya pada pagi ini.. Sekadar catatan kecil...
Kenderaan aasi: Bas @ Hafilah. =) |
Hari yang agak ribut mungkin semalam namun terasa manis. Dengan perasaan yang terasa bercampur-campur. Agak sedih ketika menghantar sahabat-sahabat yang pulang ke Kedah semalam *siapa suruh balik sendiri? Rasakan* Sangat seronok sebenarnya.. Seketika aku teringat baru tahun lalu aku menghantar mereka untuk pulang ke kampung di Nilai. Kali ini sudah berada di Gombak. Melepaskan mereka pulang dahulu. *Aku suka menjadi yang terakhir*
Melihat bas terakhir untuk pulang ke Kedah berlalu, aku tersenyum merelakan.. Semoga kalian selamat... Hanya itu doaku,... Sedang hati seakan mahu merenyai sebenarnya.. =(
Selesai. Mungkin sekarang mereka sudah selamat bersama keluarga. Aku akan bermusafir petang ini...
Malam sebelum semalam, aku cuba untuk menterjemah walau hanya satu syair yang dikarang Ahmad Syauqi, namun masih belum berjaya. Mahu last minute jugakah? Suka benar aku dengan kerja last minute.. Memang beri inspirasi namun sakit sebenarnya untuk menyiapkan...
Aku meletakkan kepala di atas meja, dan hanya terlena di situ.. Terjaga, terus online, bersahur dan alhamdulillah, ada juga sedikit tulisan untuk manuskrip terhasil.
Sempat ke ITD dan bertemu Ainul di sana.. Alhamdulillah, sempat bertemu beliau sebelum aku pulang ke kampung. Memang itu hasrat aku.. Semoga Ainul dah selamat sampai rumah. =) Sayang Ainul fillah.. Ainul sangat comel...
Okey, merapu!
Balik bilik, Anis *teman sekamar* sudah mahu pulang.. Argh.. mengantuknya dan aku terlena beberapa ketika..
Add captionNampak masjid Jamek??? Kami ke Jalan TAR je. |
Ya, aku ada sesuatu untuk dilakukan. Aku sangat suka. Terus seterika baju dan bersiap untuk keluar. Aku suka berjalan-jalan, memerhati masyarakat...
Ke Mydin, aku nampak bunga tulip. Ya, nanti memang aku akan tetap dapatkan juga. Walau bukannya tulip betul, aku senang melihat tulip. *simple-mimple, sangat suka*
Naik bas, ke Masjid Jamek pula... Lebih kepada melihat. Yeah! Aku berjaya untuk tidak membeli. Seperti biasa, nampak kedai buku, senyum mula melebar.. Mujur sahaja Tunas Cipta September ada hanya tinggal satu... Rezeki aku.. Boleh baca cerpen Aidil Khalid dan Kak Eja.
Jalan-jalan sampai akhirnya sampai ke Kedai Buku.. Wah, gila aku melihat sambungan Menunggu cinta Tuhan sudah ada di pasaran *lepas raya sudah ada di tangan. Mesti* dan Fanzuru sudah ada.. Tengok poket hanya ada duit syiling. Huh! Ingat buku yang bersusun dalam locker belum terbaca.. Geram! Geram!
Keluar dengan senyuman. Ambil bau sudah cukup. Kami pulang setelah membeli beberapa keperluan.. Alhamdulillah...
Aku semak nak masuk Sogo, hihi. |
Konvoi balik Kedah. Yahoo! |

Comments