Tarikh Kejadian: 22-9-2010
Lokasi: Kelas Adab Arabi, HS LR11
Semalam terasa kelas sangat ceria dengan perkongsian bermacam-macam cerita oleh ustaz Adli. Cerita yang cuba untuk menyuntik perasaan yang akhirnya membuatkan aku terasa seperti ada bom meletup atas kepala. Tepat kena sasaran dengan apa yang bermain-main dalam fikiran aku minggu lepas. Syukurlah perkara itu sudah aku singkirkan daripada agenda hidup.
Aku refleks semula fikiran gila yang datang minggu lepas. Akal gila yang bertandang saban semester. Mahu itu ini, namun aku takut untuk bertindak. Mujur sahaja fikiran itu sudah lari pada minggu ini dan aku kembali mahu terus berjuang.
Maka, mendengar kata ustaz, aku berkata kepada diri.
Insya Allah... Aku berdoa perjalanan akademik aku sampai ke hujung. Jangan ditanya apa mahu aku kerja setelah graduasi kerana aku mahu belajar sastera arab... Walaupun hakikatnya banyak yang aku tidak faham, namun apabila ustaz menerangkan sekurangnya ada input yang dapat aku petik.
Orang lain lalui macam-macam ujian untuk habiskan BA, sedang aku yang Allah buka laluan senang tidak tahu bersyukur lagikah? Berangan mahu tukar universiti lagi. Sudah berada dalam tempat baik, mahu cari yang bagaimana lagi?
Ustaz kata lagi: Kalau sekali kamu berhenti contohnya, bukan mudah nak mengulang semula. Katalah kamu berhenti tengah jalan, nak mula BA semula sangat payah.
Sesungguhnya kepayahan hanya sedikit dibanding dengan kesenangan. Allah berikan kesusahan untuk kita lalui semasa belajar, bukankah ada kesenangan setelah kita graduasi?
Cuba lihat Rasulullah, Allah uji baginda dengan kehidupan yatim piatu sejak kecil, dengan macam-macam ujian adalah untuk membina kekuatan baginda. Dengan ujian itu, baginda akhirnya menjadi satu sosok yang dipandang mulia hingga Allah abadikan nama baginda dalam solawat... Subhanallah.
Dalam konteks Malaysia pula, dulu ketika dijajah Jepun memang kita sangat susah. Namun lihat setelah itu pemuda melayu jadi satu bangsa yang kuat pertahankan tanah air ketika British datang.
Bukankah bersama kesusahan ada kesenangan.. Lihat kembali surah al-Insyirah....
Alhamdulillah..
Akhirnya ditulis oleh:
Jamilah Mohd Norddin
Qamar Cinta 1-1
IIUM
Nota Kecil Hujung Entri: Ini catatan berdasarkan kata ustaz Adli dalam adab arabi. Hanya tambahan sana sini oleh aku..

"Kesusahan itu lebih baik dirasa ketika muda. Kalau kamu jatuh ketika muda kamu boleh bangun semula. Yang penting kamu nak!!! Habiskan BA. Nak ulang semula amat payah! Nilai manusia yang ada BA dan tiada BA tidak sama. Jika dengan BA boleh menjadi pegawai, tanpa BA hanya kerani." -ustaz Adli, kelas adab arabi, 22-9-2010Terasa benar dengan kata-kata ustaz kali ini. Cerita ustaz tentang bagaimana ada seorang pelajarnya yang berkahwin dan bercerai ketika masih belajar menyentuh ulu hati. Seorang pelajar ini yang berkahwin ketika tahun pertama namun bercerai ketika tahun akhir atas faktor keluarga. Dia sudah mempunyai anak, namun tidak punya biaya untuk menghantar anak itu ke nurseri. Setelah berbincang ustaz benarkan anak itu masuk ke dalam kelas. Subhanallah.. Anak itu tidak menangis dan seakan-akan mengeri ibunya yang mahu belajar. Dia belajar hingga akhirnya tamat dan menjadi guru J-Qaf dan sudah mendirikan rumah tangga semula...
Aku refleks semula fikiran gila yang datang minggu lepas. Akal gila yang bertandang saban semester. Mahu itu ini, namun aku takut untuk bertindak. Mujur sahaja fikiran itu sudah lari pada minggu ini dan aku kembali mahu terus berjuang.
Maka, mendengar kata ustaz, aku berkata kepada diri.
"Biarlah grad lebih lambat, jatuh, lalui apa sahaja, kena habiskan juga apa yang sudah aku mulakan. Bukankah ini yang aku mahu dan Allah sudah lorongkan jalannya?"
Insya Allah... Aku berdoa perjalanan akademik aku sampai ke hujung. Jangan ditanya apa mahu aku kerja setelah graduasi kerana aku mahu belajar sastera arab... Walaupun hakikatnya banyak yang aku tidak faham, namun apabila ustaz menerangkan sekurangnya ada input yang dapat aku petik.
Orang lain lalui macam-macam ujian untuk habiskan BA, sedang aku yang Allah buka laluan senang tidak tahu bersyukur lagikah? Berangan mahu tukar universiti lagi. Sudah berada dalam tempat baik, mahu cari yang bagaimana lagi?
Ustaz kata lagi: Kalau sekali kamu berhenti contohnya, bukan mudah nak mengulang semula. Katalah kamu berhenti tengah jalan, nak mula BA semula sangat payah.
Sesungguhnya kepayahan hanya sedikit dibanding dengan kesenangan. Allah berikan kesusahan untuk kita lalui semasa belajar, bukankah ada kesenangan setelah kita graduasi?
Cuba lihat Rasulullah, Allah uji baginda dengan kehidupan yatim piatu sejak kecil, dengan macam-macam ujian adalah untuk membina kekuatan baginda. Dengan ujian itu, baginda akhirnya menjadi satu sosok yang dipandang mulia hingga Allah abadikan nama baginda dalam solawat... Subhanallah.
Dalam konteks Malaysia pula, dulu ketika dijajah Jepun memang kita sangat susah. Namun lihat setelah itu pemuda melayu jadi satu bangsa yang kuat pertahankan tanah air ketika British datang.
Bukankah bersama kesusahan ada kesenangan.. Lihat kembali surah al-Insyirah....
Alhamdulillah..
Akhirnya ditulis oleh:
Jamilah Mohd Norddin
Qamar Cinta 1-1
IIUM
Nota Kecil Hujung Entri: Ini catatan berdasarkan kata ustaz Adli dalam adab arabi. Hanya tambahan sana sini oleh aku..
Comments
give me big impact..
perkongsian ustaz yang dikongsi semula..
=)
Alhamdulillah.