22 September 2010

Memuja Seni?

Tentu kalian pernah terdengar mereka yang menjadi hamba seni. Sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk membeli sebuah lukisan yang kita lihat hanya seperti contengan yang tidak terkandung sebarang makna. Jika seorang biasa melihat, mereka akan menganggap gilakah orang itu menghabiskan sejumlah wang hanya untuk sebuah lukisan begitu. Kemudian kita tentu akan ditempelak sebagai seorang yang buta seni. Betapa jika kita cintakan sesuatu mana kita kira wang dilaburkan untuk itu.

Contoh ustaz membuatkan saya tersenyum:

"Lihat sahaja seorang yang sanggup memberli seekor ayam serama yang bernilai RM50,000 (contoh) dan menjaganya lagak menjaga seorang anak. Sedangkan ayam tersebut jika disembelih dagingnya hanya boleh dimakan seorang, itupun mungkin tidak kenyang."

Betapa cinta yang membuta tuli akan menyebabkan gelap pandangan pada kebenaran. Bayangkan kita melihat lukisan Monalisa yang sangat dipuja barat itu...


  • seorang wanita yang duduk atas kerusi

  • Yahudi



Kita hanya melihat gambar wanita itu. Sedangkan mereka menilai harga lukisan itu sebagai tidak ternilai. Mengapa???

Adakah mereka lakukan tanpa sebarang agenda? Tentu ada sebab untuk mereka mengangkat lukisan Monalisa yang dilukis Leonardo da Vinci itu. Hinggakan aku pernah terbaca ada di sebuah muzium yang menayangkan lukisan-lukisan tidak senonoh atas dasar seni.

Bagaimana Islam menyebut tentang hal ini? Islam tidak pernah menghalang kreativiti seorang Muslim hinggakan banyak ayat dalam al-Quran yang menyeru kita berfikir, memikirkan, merenung, mentadabbur, melihat alam... Banyak suruhan Allah supaya kita berfikir.. Dengan berfikir akan lahir kreativiti dan menjadikan kita kreatif.

Cuma jangan sampai melampaui batas. Memuja seni hingga berlakunya pembaziran.Melakukan perkara yang dilarang atas tiket seni. Sungguh Allah melarang itu.

Jadi, wahai para penulis, para penyair, para penulis, para ahli seni sekalian, gunakalanlah anugerah yang Allah pinjamkan itu untuk mengungkap rasa cinta kepada Allah dan Rasul, suruhan kepada kebaikan dan mencegah kejahatan.

Bukan sekadar main-main dan memuja seni tanpa tujuan.

Catatan,
Jamilah Mohd Norddin
22-9-2010
10:45
Qamar Cantik 1-1, IIUM

Nota Kecil Hujung Entri:

4 comments:

Anonymous said...

betol...tapi apabila saya menasihati kawan saya yang minat membeli toy transformers yang harganya ratusan ringgit, serta seorang lagi yang suka mengumpul pisau yang mahal, saya pula dimarah balik....ish3..

Anonymous said...

Subhanallah...

Ngee~

=)

Jamilah said...

Bulya Iswandi,

Memang le.. Kalau seseorang itu sudah minat akan sesuatu apabila dinasihat, kita pula yang akan dimarahnya semula... Bagi mereka perkara kecil sahaja jika belanjakan wang untuk perkara yang meeka cinta.

=)

Jamilah said...

Musafir,

Alhamdulillah.

Ini isi pelajaran untuk ada islami yang disalin semula..

Ngee~ (sudah jadi trademark ye?)

=)