Selagi tak imtihan, tak sentuhlah buku! Hanya pergi kelas. Tempoh yang dinamakan minggu belajar (study week) membuatkan aku terasa bosan kerana tidak perlu ke kelas sedangkan hari-hari biasa yang memerlukan aku hadir ke kelas, aku pernah culas tanpa alasan. Sela masa antara satu kertas peperiksaan dengan satu yang lain merupakan tempoh yang diberikan untuk aku hangatkan pelajaran yang selama ini tidak pernah aku ulang baca. Sesungguhnya ini ruang dan peluang... Difikir-fikirkan masa ini aku lapang. Ada banyak perkara yang boleh aku lakukan selain hanya menghadap nota, buku teks, dan helaian-helaian slaid subjek yang aku belajar.Daripada pagi santak petang aku bebas melakukan apa yang aku mahu, tanpa halangan -ke kelas-. Tetapi sampai satu tahap, aku buntu dengan apa yang aku lakukan. Jelajah blog daripada satu blog ke satu blog, cuba membaca fasa-fasa adab arabi yang tidak semuanya aku faham, menghadam SOCA yang penuh dengan fakta dan kadang aku tidak tidak salin dengan lengkap notanya...
catatan untuk mengabadikan