21 November 2010

PERCA-PERCA KENANGAN: Saya Pelajar Bahasa Arab.

Saya ini bukanlah orang sastera. Latar belakang pun tidak ada langsung ada kaitan dengan dunia sastera. Saya belajar bahasa Melayu yang menjadi matapelajaran wajib untuk semua calon SPM. Apabila saya mengambil keputusan untuk melangkah ke dunia baru -bahasa Arab-, ini adalah keputusan yang saya buat dengan kerelaan hati tanpa paksaan sesiapa.

Sejak sekolah menengah kalau orang tanya tentang cita-cita saya akan nyatakan yang cita-cita saya mahu menjadi seorang penulis. Saya mahu belajar bahasa Melayu. Kononnya saya mahu belajar sastera yang saya tidak berpeluang belajar tentangnya di sekolah menengah. Saya belajar meminati karya Faisal Tehrani apabila Saadiah, sahabat saya perkenalkan tentang beliau, hingga kemudiannya saya mengikuti tulisan beliau dalam Fokus SPM. memang tabiat juga gunakan wang belanja sekolah untuk beli majalah.. Sejak sekolah rendah.. Didik, KUNTUM... -sebab majalah ini murah- Saya baca karya Faisal dan selalu berangan-angan untuk bertemu dengan beliau.. Ah, itu cerita anak muda.

Usai SPM, langkah saya berubah. Semuanya apabila saya mengambil keputusan untuk memilih bahasa Arab UIAM sebagai pilihan pertama. Alhamdulillah, rezeki saya di UIAM... Taman Ilmu dan Budi yang sebenarnya untuk mengajar saya untuk menjadi manusia. Bermula di Petaling Jaya, Nilai, dan akhirnya saya berada di IIUM Gombak...

Langkah demi langkah yang diatur walaupun kadang terjatuh dan tersungkur, ada sahaja Allah datangkan mereka untuk sedarkan aku. Supaya aku bangkit dan tidak tenggelam dalam lubang kesedihan. Allah jadikan kita bukanlah sia-sia.. Bersama kita punya tugas yang perlu digalas.

Berulang kali saya menyesal kerana memilih bahasa Arab sebagai pilihan. Namun Allah tetap tidak izinkan kaki ini untuk melangkah ke jalan lain. Sentiasa ada jalan keluar daripada setiap masalah yang saya cuba cipta.. Alhamdulillah. Sesungguhnya memang pada setiap kesukaran akan ada kemudahan sesudahnya. Cuma bagaimana kesudahannya kita tidak tahu hinggalah kita merasakan perkara itu.

...Koma,...

Selepas ini saya akan ceritakan pula perjalanan jatuh bangun saya sepanjang di UIAM. Insya Allah lagi dua tahun aku akan berada di sini. Kenangan dan impian lama sudah saya cantas. Saya hadapi kenyataan depan mata dan melaluinya.

...bersambung... Kisah Jamilah di UIAM Gombak Siri 1.

1 comment:

Dean winchester II said...

memang perit hidup di uiam. teruskan menulis, nak tahu sambungan pulak. HEHE