23 November 2010

PERCA-PERCA KENANGAN: KANGEN!!!

Aku mencoret lagi. Kali ini secara keseluruhan sahaja aku mahu catatkan tiga semester lalu yang aku lalui sebagai pelajar UIAM. Dan semester depan tentu sahaja pengalaman dan cerita baru yang sedang menanti untuk aku nikmati. Bagaimana sekali jalannya, perjalanan yang sedang kita lalui akan tetap diteruskan... Melangkah biar berkali-kali rebah..

Ya, semester dua saya memilih subjek yang dikatakan boleh score oleh kebanyakan orang. Saya ambil lecturer yang saya mahu pilih. Tiada senior yang saya kenal untuk tanyakan mana yang best dan tidak kedekut markah. Malah, lecturer untuk jurusan BAR seperti kami, bukannya ramai, alih-alih lecturer yang sama juga akan mengajar.

Dan saya lalui semester dua dengan aman...  Walaupun ada juga peristiwa-peristiwa yang menyebabkan air mata tumpah tanpa sengaja.. Bib, setiap semester saya susahkan kamu.. Maafkan saya Bib. Sedang saya belum jadi sahabat yang baik untuk kamu. Kamu selalu ada ketika saya perlukan seseorang. Nanti, ketika kesibukan sudah membelit dirimu, tentu sahaja kita tidak dapat seperti dahulu.. tak apalah.. saya dapat pandang kamu daripada jauh sahaja sudah cukup.. =)

Hm, saya ingat lagi ketika semester inilah saya mula rapat dengan Kak Husni. Walaupun kita bersama semester tak lama ternyata hati yang sudah terikat itu payah untuk dileraikan. Kita mula berjumpa ketika kelas Fiqh Ustaz Bari yang mana kita sekelas... Ah, terima kasih Kak Husni... Sesungguhnya Allahlah yang mentakdirkan kita bertemu dan berpisah hingga kemudiannya bertemu lagi. Siapakah yang dapat melawan takdir Ilahi. Sesungguhnya manis benar pertemuan kita kerana saya selalu belajar banyak perkara bila duduk-duduk dengan Kak Husni.. Hah! Apakah saya sedang tulis ini.. Seandainya Kak Husni terbaca catatan ini, ketahuilah bahawa pertemuan kita takdir terindah yang saya akan ingat... Dan malam-malam istimewa yang kita lalui... Peristiwa-peristiwa yang terjadi secara sengaja atau tidak, idea-idea gila yang terjadi kerana kita lakukannya secara on the spot.. Semuanya ada pengajaran... =D

Short sem sering mencatatkan kenangan indah, kan Kak Husni? ingat lagi pengalaman kita ketika semester pendek di Nilai... Indah momen itu.. Dan semester pendek kali ini kita ulanginya lagi... Mungkin kerana subjek yang tidak banyak... Orang yang berkurang.. Tapi ketika itu hanya kita berempat.. Ainul tiada... Semester pendek yang mendekatkan kita walaupun siapa yang dapat sangka apabila kita masuk semester baru, tahun baru... langkah kita berbeza... Perjalanan kita bukan lagi seperti dahulu.. heh! Saya dah merapu. Titik. Walau apa pun kak husni, semoga ukhuwah yang terbina terus terpateri.. =)

Ainul... Nama ini saya selalu ingat... Bagi saya apabila bersama dengan Ainul secara automatik rasa mahu ketawa, rasa ria itu akan hadir. Walaupun tidak dapat bersama-sama selalu lantaran walaupun sama jurusan,tetapi langsung tiada subjek yang kami sekelas. Ainul, saya kangen sama kamu...  Walaupun sudah jarang kita boleh duduk-duduk bersama, berbicara... semoga ikatan hati kita tidak mati di situ sahaja... =) Ainul, jika kamu dapat pindah ke Hafsa dekatlah untuk saya ziarah... Dengan Asma' pun dekat. =) Ruqayyah jauhlah... maaflah saya tidak ke bilik kamu pun semester ini.. Ainulllll.... Selamat melalui cuti.... Dengan pengisian yang tentu kamu perlu penuhi, kan? Jumpa lagi semester depan.. =)

Wajah-wajah mereka yang ini selalu sahaja lekat dalam ingatan. Ukhuwah saya tidaklah sehebat orang lain. Saya tidaklah layak untuk bicara soal ukhuwah fillah, ana ithar enti, sahabata sejati... Ah, saya bukanlah cukup rasa untuk melontarkan tentang itu. Saya bukanlah seorang yang ramai kenalan. Hanya setelah saya rapat dengan seseorang saya akan jadi minat perkara yang sahabat saya minat. Saya suka benda yang dia suka. Saya terikut dengan dia. Namun, jika hubungan keluarga, mungkin yang inilah saya lemah. Saya tidak rapat dengan keluarga sahabat saya. Hubungan saya hanya takat saya-dia. Bukan lagi saya -dia-keluarga dia. Lebih lanjut baca tulisan Hilal Asyraf tentang Ukhuwahnya dalam blognya. Tekan sahaja pautan ini. =)

Hilal Asyraf kata:

"Apabila kita menyayangi seorang sahabat kita, pastinya kita akan berusaha menyayangi keluarganya juga, menghormati kedua ibu bapanya, memuliakan adik beradik mereka, dan mengasihi sesiapa yang dikasihi mereka. Ini menimbulkan satu kemesraan yang tidak terhingga, yang sukar hendak dicapai sekadar persahabatan ‘aku dan dia’." -Hilal Asyraf, Langit Ilahi.

Saya belum capai level itu. Persahabatan saya masih saya-dia. 

Saya cemburu juga melihat orang yang hebat dalam berukhuwah. Namun saya ingatkan diri. Cukuplah saya jaga hati-hati mereka ini jika saya tidak mampu menjaga hati orang lain. Saya bukanlah alien yang dapat hidup seorang diri walaupun saya suka melaksanakan aktiviti seorang diri.

....Kita berada dalam satu ikatan,
Semoga tidak ada tangan jahat putuskan,
Sampai mati pertahankan,
Cinta itu aku simpan,
Untuk kenangan...

Kamu semua, saya rindukan kalian....

Titik. Sudahlah saya membebel tengahari ini. Semoga ketemu semester depan. =] Bagaimana aku?

2 comments:

Ibnu Jamaluddin said...

Rindu dan kasih pada seorang, tapi apakan daya ujian Allah ditetapkan dalam persahabatan itu...
Untuk buktikan apakah cintaku kerna Tuhan?

Jamilah said...

Ibnu Jamaluddin,

Hm, apabila Allah datangkan ujian dalam sesebuah persahabatan, baru kita sedar manisnya sebuah ikatan itu...