13 October 2010

MALU AKU!

Lokasi kejadian: Kelas Tilawah, CELPAD
Tarikh Kejadian: 11 Oktober 2010

Assalamualaikum, semua..

Hari ini aku nak menulis cerita dua hari yang lalu. Kita kembali ke 11 Oktober 2010.. Pada pukul 2.00-3.00. kelas tilawah bersama ustaz Fadzli.

KISAH 1
Dalam kelas yang lalu ustaz ingatkan tentang aurat seorang wanita. Dalam kelas itu ada hanya ada 2 jejaka dan bakinya an-nisa'. Maka ustaz ingatkan tentang aurat wanita.

-Tudung la labuhkan hingga menutup bahu dan dada.
-Pakai handsock.
-Pakai sarung kaki.
-Baju jangan ketat. Tak ada makna pakai jubah kalau nampak badan,

Ish... masa tu rasa nak sorok muka bawah meja. Malu sangat-sangat bila ustaz periksan sorang demi seorang anak muridnya.. Haaa.... Walaupun bibir tersengih, dalam hati hanya Allah yang tahu betapa malunya apabila ustaz -seorang lelaki- menegur berkenaan aurat.

Wahai sahabatku an-nisa' sekalian... Marilah kita menjaga diri kita supaya ummat terjaga. Kita tidak boleh salahkan lelaki yang melihat jika kita yang membuka ruang untuk mereka menonton sesuatu yang sepatutnya kita simpan... Diri kita Allah ciptakan terlalu istimewa hinggakan kalau mazhab syafei, hanya muka dua tapak tangan yang boleh dilihat ajnabi... =) Justeru, sahabatku, mari kita -aku dan kamu- jaga diri kita, maruah kita. Kadang gambar kita dalam facebook boleh jadi fitnah. Kita tunjukkan gambar kita yang cantik itu. Sedangkan kita tidak tahu siapakah yang melihat gambar itu dan apakah niatnya.. Aku tidak menghalang atau menyekat, namun sekadar peringatan untuk diri. Jika aku sebagai seorang perempuan malu melihat gambar yang cantik itu... apatah lagi mereka yang berhelar ar-rijal.... TArikan seorang perempuan lebih dirasakan oleh seorang rijal kerana kita seperti magnet yang saling menarik.

Titik. (peringatan untukmu, Jamilah Mohd Norddin)

KISAH 2

Ustaz mengajar tentang Ikhfa' syafawi sedangkan aku di belakang sudah mula masuk ke alam lain. Aku dengar apa ustaz cakap namun hanya separuh. Fikiranku melayang teringatkan mungkin petang ini ustaz Adli mahu kami membuat ujian tahriri Hizib.. Padan dengan mula yang malas nak menghafaz.

Bla.... bla... bla.. ustaz terangkan tentang ikhfa' syafawi... Aku melamun di belakang.

"Kamu faham?" Ustaz menyoal semua pelajar.

Tiba-tiba...

"JAMILATUNNNN!!!!" Aku betulkan duduk. Buat-buat pandang ustaz. Aku perasan pelajar lain pandang belakang. Dari sudut kanan pandang muka aku. Tepat! Hah! Aku kena tangkap melamun hari ini. Mana aku expect ustaz akan serga begitu sebab tidak pernah pula ustaz mahu sebut nama aku walaupun memang ustaz nama sebab nama aku mudah sangat., JAMILAH.

Huh. Malu lagi! Aku buat-buat tumpu semula. Betul! Mula buku semula dan dengar apa ustaz cakap. Dua kali  malu hari itu. Akhirnya, aku pulang awal.. haha..

Titik. (Pengajaran: Berikan tumpuan ketika ustaz mengajar. Jangan mengelamun, nanti anda akan ditangkap oleh lecturer anda.)


Nota Kecil Hujung Entri: Mood aku bertukar. Happie time =)

No comments: