11 October 2010

BERCAKAP TENTANG KEJAYAAN

Okey, ini entri untuk provok diri sendiri yang terasa down.. haha, betulkah jamilah sedang down sekarang? tidaklah! Aku hanya menconteng pada pagi Isnin yang tenang ini. Walaupun aku tulis tajuknya begitu, aku hanya mahu menulis apa yang terlintas di kepala..

Jamilah, cuba kamu berhenti sejenak. Duduk. Tarik nafas dalam-dalam. Kamu kata kamu dah bosan menghadap buku arab ye? Kamu nak berhenti daripada menjadi pelajar bahasa Arab? Kamu ini sedang bermimpi atau apa?

Kalau kamu rasa nak jatuh, nak tumbang, kamu ingat semula ketika kamu tersenyum... Ketika kamu naik pentas untuk menerima hadiah. Ketika ayah senyum apabila kamu naik pentas, Ketika mak memerhati kamu naik pentas. Kamu sangat gembira. keluarga suka dengan apa yang kamu lakukan. Hari ini, mengapa jamilah yang berbeza sedang beraksi? Mengapa Jamilah berubah, dan makin berubah?

Kamu gembira lihat kak su naik pentas terima ijazahnya... Kamu seyum manis... Kamu tidka mahu merasakah begitu???

-Aku mahu tetapi aku sudah penat... Aku mahu mencari minatku yang sebenar. Aku semakin pening melihat kalimah pada buku walaupun aku suka mndengar lecturer mengajar. Aku mahu lari..

+Haha, kamu mahu lari ke mana? Perjuangan ini memerlukan kamu korbankan segalanya. Kamu perlu optimis.

-Optimis? Haha, lucu benar aku dengarnya. Salahkah aku mencari perkara yang aku minat. benda yang aku cinta. Minatku pada bidang ini makin luntur.......

+ =(

Wahai diri, kalau rasa mahu tersungkur, bakarlah semangatmu dengan kata-kata positif. Usah disebut perkataan yang menjadikan kamu jatuh. Manjakan diri kamu dengan kalimah yang membangunkan diri. Usah jadikan diri kamu malkin lemah dengan kata-kata yang menyebabkan kamu makin jauh...

Allah, sesungguhnya Engkau menguji manusia dalam pelbagai bentuk.... Dan ENgkau berikan kepada seseorang itu apa yang dia mampu lalui....

Titik.

Nota Kecil Hujung Entri: Ah, dilema itu datang dan pergi dan kini mengganggu lagi......... Apakah cerita esok?

No comments: