30 October 2010

ADAB=AKHLAK ATAU SASTERA?

Terus menconteng bagi mengelakkan aku rasa mengantuk. Kita biasa mendengar perkataan ADAB. Dalam bahasa Melayu sendiri adab diertikan dengan akhlak yang baik atau budi bahasa. Sebenarnya perkataan 'adab' telah wujud sejak zaman sebelum Islam. Apakah maknanya? Mari kita lihat perkembangan kalimah 'Adab' daripada zaman Jahili hingga Zaman Kini.


***


ZAMAN JAHILI.
Kalimah 'adab' pada zaman Jahiliah bukannya bermakna 'sastera' sebagaimana yang kita faham sekarang. Secara umumnya perkataan 'adab' bermaksud 'mendidik akhlak' atau 'peraturan' yang mana ianya berkaitan dengan akhlak.


  • Adab maknanya hidangan yang mana kita ajak orang lain untuk makan bersama. Menjadi kebiasaan orang Arab mengajak orang lain untuk makan beramai-ramai ketika musim syita'. (Al-adib=orang yang mengajak untuk makan)
  • Menurut seorang Orientalis bernama Carlo Na Lino, penggunaan adab pada zaman Jahiliah bermakna Sunnah, sirah keturunan, dan maqlub (ubah) daripada perkataan da a ba. Perkataan adab ini menujukkan kebaikan akhlak mereka.
  • Dalam kamus arab pula perkataan adab ini juga membawa erti mendidik akhlak. 
Keadaan ini menunjukan bahawa salahlah dakwaan sebahagian orientalis dan pengkaji sastera yang mengatakan bahawa syair jahili hanya mendorong kepada kejahatan. Terdapat banyak contoh yang menunjukkan mereka punya akhlah yang baik juga. 

ZAMAN ISLAM
  • Perkataan adab ketika zaman Islam menunjukkan akhlak, mendidik diri dengan pekerti mulia. Rasulullah pernah bersabda, "Allah mendidikku dengan sebaik-baik didikan." Dan orang Islam dididik dengan apa yang ada di sekelilng mereka termasuklah syair.Umar al-Khattab berkata: "" Wahai anakku, ingatkan dirimu untuk menyambung silaturahim, Dan jagalah kebaikan syair, maka ia akan memperbaiki adab kamu."
  • Dari segi syair pula, Rasulullah tidak menolak syair namun menerima syair yang mengandungi seruan kepada kebaikan dan pembaikan akhlak. Sesungguhnya, umat Arab memang dikenali dengan kepakaran mereka dalam syair. Jadi, Rasulullah mendorong mereka untuk menghasilkan syair yang menyeru kepada kebaikan. Bukan hanya syair mereka yang dipengaruhi oleh nuansa Islam, namun oenyair itu sendiri menerima Islam sebagai cara hidup mereka.

ZAMAN UMAWI.
  • Pada zaman ini, perkataan adab dimaknakan dengan tarbiah dan pendidikan. Mereka terkenal dengan kebangkitan pendidikan untuk anak-anak khalifah dan amir-amir. Mereka yang mengajar anak-anak khalifah dan Amir ini dipanggil Muaddib. 
  • Kemudian makna adab berkembang kepada dua:
    • Dari sudut akhlak: Diri dipagari dengan akhlak yang baik, mulia, berani, bersikap benar, dan menjaga kebaikan dengan manusia seluruhnya. 
    • Dari sudut ilmu: Adab sudah menjadi satu disiplin ilmu yang perlu dipelajari. Inilah yanng dikatakan ilmu sastera. Muhammad bin Ali Al-Abbasi berkata: "Kamu belajar ilmu agama, kamu menghilangkan kejahilan dalam diri. Kamu belajar sastera untuk mewarisi bukti dan contoh."

Nota Kecil Hujung Entri: Aku tak tahu betul atau tidak kefahaman yang aku baca. 

No comments: