Adakah seronok menjadi seorang pemimpin? Aku suka melihat pemimpin, namun aku suka mengelak jika disuruh menjadi pemimpin kerana aku tidak suka menjadi orang yang dipimpin. Aku tiada kredibiliti dan sangat mahu mengelak jika disuruh menjadi walau hanya menjadi pemimpin dalam sebuah kumpulan yang kecil. Keputusan sudah diambil demi kemaslahatan bersama. Aku mengundur kerana aku tidak layak untuk berada dalam posisi itu. Aku benci untuk berada dalam situasi serba salah dan tidak kena. Aku teerasa seperti orang b****. Seandainya dapat aku lari aku akan larikan diri sejauhnya. Bagaimana aku mahu menghalang kenangan lama daripada bertandang setiap kali memandang wajah nan satu itu. Aku tidak diajar menjadi pendendam namun kenangan yang tercatat dalam diari aku terus lekat dalam jiwa dan akal aku. Bukan mudah untuk aku lupakan... Tidak sakit dan pedih namun lukanya terasa berdarah semula. PERIT. Namun aku percaya Allah sudah mentakdirkan yang terbaik untuk aku. Mungkin aku terlalu...
catatan untuk mengabadikan