Bibi membantah pernikahan ini. Dirasakan Mak Utih penyibuk. Mak Utih rampas kasih Ayah pada Bibi. Mak Utih gilakan harta Ayah. Mak Utih yang amat mengambil berat makan pakainya, pelajaran, solat puasanya. Mengapa Bibi rimas? Sebelum ini tiada siapa pedulikan semua itu. Terletak pada pundaknya sendiri. Mahu solat? Puasa? Bercouple? Tiada siapa mengawal. Mak Utih gesa Bibi kenakan tudung kepala. Bibi bantah keras-keras. Kata Bibi belum sampai seru. Mak Utih teresak mendengar. Bagaimana Bibi akan senang, melihat Mak Utih yang tenang, kebencian itu mendadak timbul.
āMak Utih tak patut kahwin dengan Ayah.ā
Bibi pernah celupar berkata begitu. Mak Utih diam, tak berkata apa-apa, sebaliknya dipeluk Bibi penuh kasih.
āBibi tak faham kenapa Mak Utih kahwin dengan Ayah Bibi. Kubur Mak Bibi masih merah, Ayah sudah kahwin lain. Mungkin kerana itu kamu berdendam, Bibi.ā
Bibi buat-buat pekak badak. Walaupun tersentuh dek pelukan hangat itu, ditunjuk juga kepala batu. Bibi mencebik. Malas melayan. Dia banyak mendiamkan diri kini. Biar Mak Utih katakan Bibi sombong. Sebelum kematian Ibu, mereka sangat mesra. Mak Utih tempat Bibi mencurah rasa. Kini, Bibi tak ambil pusing. Bibi ingin lari daripada realiti ini. Amat pahit untuk ditelan, masin untuk dicicip.
Jauh di sudut hati, tumbuh juga rasa sayang dan ia mula mekar. Mak Utih penyayang dan pandai mengambil hati. Bibi lihat Ayah jarang keluar jika bukan kerana urusan kerja. Ayah seperti mahu menebus kasih yang sebelum ini terabai. Ayah banyak meluangkan masa dengan Bibi. Bibi tahu, mana mungkin dia menolak kehadiran Mak Utih. Bibi perlu akur dan belajar menerima kenyataan. Sesungguhnya kenyataan yang pahit itulah yang mengajar erti kehidupan dan melatih diri menjadi lebih matang. Bibi tidak menolak kehadiran Mak Utih, cuma dirinya akur pada keegoan diri.
Bibi menerima berita perkahwinan Ayah dengan senyuman. Senyuman sinis tanpa secarik keikhlasan. Ayah mengambil keputusan untuk menikahi Mak Utih, adik Ibu. Mengapa Mak Utih? Alasannya hubungan mereka tiada batasan lagi. Bibi agak rapat dengan Mak Utih. Mereka boleh bersama sebagai sebuah keluarga, dan mungkin bersama-sama membina kebahagiaan. Tapi Bibi berdendam. Bibi enggan menerima kenyataan. Bibi tidak menghadiri perkahwinan ayah. Malahan tiada sebarang ucapan tahniah terbit daripada mulut.
āAhad depan kita adakan kenduri, Bibi baliklah.ā
Bibi diam. Dia menurut hati yang enggan menerima keputusan Ayah. Ayah tunduk. Sedih dek perlakuan Bibi. Ayah banyak memendam rasa, melayan permata hati yang seorang ini. Bibi pandang tampang Ayah dengan wajah berkaca. Perlahan langkahnya mendekati, memaut bahu Ayah, melepaskan esakan di situ.
āBibi izinkan Ayah berkahwin dengan Mak Utih.ā
Bibi memberikan alasan, ada aktiviti yang tak dapat dielakkan. Dia tak dapat menghadirkan diri dalam majlis perkahwinan nanti. Ayah diam. Tak memberi respon, asal sahaja Bibi memberi keizinan.
Mak Utih belum tua, usianya mencecah 33 tahun, sedang Ayah lagi lima tahun, genap setengah abad. Dirasa kasih Mak Utih yang melimpah ruah, namun hatinya menolak rasa mahabbah itu. Bibi mahu bebas. Entah apa yang Bibi faham akan kebebasan yang sebenarnya, Bibi sendiri tak maklum.
Bibi sengaja buat tak endah jika berada di rumah itu, sebaliknya Mak Utih melayan seolah-olah tiada apa yang berlaku. Menyendukkan nasi ke pinggannya, bertanya ehwal sekolahnya, mengejutkan Subuh, hati Bibi masih pejal. Syaitan apakah yang telah merasuknya?
āLagi lapan bulan, Bibi akan dapat teman. Mak Utih hamil, Bibi.ā
Benarkah? Tuhan, Bibi akan berterman, tidak lagi keseorangan seperti sebelum ini. Terima kasih Tuhan. Hati Bibi meronta-ronta mahu memeluk Mak Utih. Betapa dia amat gembira mendengar khabar itu.
āMak Utih, maafkan Bibi.ā
āBibi anak Mak Utih. Anak yang Mak Utih kandung ini akan jadi teman Bibi. Mak Utih sayang Bibi, Mak Utih tak pernah rasa kasih anak. Bibi anak Mak Utih.ā
Benih Ayah yang bercambah dalam diri Mak Utih menyedarkan Bibi akan kasih Mak Utih pada Ayah. Bukankan Mak Utih tak bersalah? Takdir tersurat bahawa Mak Utih akan menjadi sebahagian kehidupannya.
āTuhanku, panjangkan usia Mak Utih. Berikan kebahagiaan padanya. Aku banyak bersalah padanya. Berikan aku ruang untuk menebusnya. Terima kasih Tuhan, atas kurniaan ini. Mataku dibutakan syaitan, musuh paling nyataku. Semoga anak yang dikandung Mak Utih menjadi penyejuk mata, pendamai jiwa buat kami. Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala yang tersirat.ā
Setiap orang mampu berubah jika dikuatkan hati untuk mengubah diri sendiri. Tidak ada yang mustahil akan berlaku, jika itu yang dikehendaki Tuhan. Bibi lihat Mak Utih kian sarat, namun seperti ada sesuatu yang kena. Mak Utih banyak bermenung. Mak Utih sering menangis di sejadah. Mak Utih suka tenung wajah Bibi lama-lama.
āMak Utih sihat? Kenapa pandang Bibi macam tu.ā
āBibi? Tak ada apalah. Mak Utih suka tengok Bibi berubah. Rasa macam dulu-dulu. Sebelum Mak Bibi meninggal. Bibi tak salahkan Mak Utih, kan, kahwin dengan Ayah Bibi?ā
āMak Utih, Bibi bersyukur ayah berkahwin dengan Mak Utih. Ayah dah berubah. Mak Utih banyak tolong Bibi. Mak Utih sayang Bibi.ā
āSyukurlah, Bibi. Mak Utih hanya tunaikan wasiat arwah Ibu Bibi sebenarnya. Dia yang mahukan Ayah berkahwin dengan Mak Utih.ā
Bibi terkenang saat itu. Dia tak berada di sisi ketika Ibu menghembuskan nafas terakhir. Sehingga kini, Mak Utih seperti menyimpan rahsia. Bibi enggan bertanya, khuatir Mak Utih tersentuh.
āBibi, sebenarnya Ibu Bibi sakit. Beliau ada kanser hati. Dah lama, Ibu bergantung pada ubat, tapi Ibu rahsiakan daripada Bibi. Saat akhirnya, Ibu pesan, Mak Utih perlu jaga Bibi sekiranya Ibu tiada lagi di dunia. Mak Utih tiada pilihan. Tersepit antara kasih Ibu saudara dan perasaan sendiri. Akhirnya Mak Utih korbankan perasaan sendiri, mengahwini Ayah Bibi, abang ipar Mak Utih sendiri.ā
āMama...ā
Mak Utih terkedu. Bibi memanggilnya Mama? Dipaut erat Bibi. Doanya selama ini dimakbulkan. Seakan nampak kakaknya tersenyum melihat situasi ini. Menyaksikan perubahan Bibi.
Bibi menolong mana termampu. Dia tak akan membiarkan Mak Utih keseorangan. Mak Utih pengganti Ibu, isteri Ayah, tak patut Bibi buat tak endah.
āBibi tahu kan, semakin ALLAH sayangkan seorang itu, makin diujinya dengan berbagai ujian, yang dia rasakan berat. Tapi sebenarnya ALLAH mahu hapuskan dosa, tingkatkan iman jika dia bersabar. Bibi janji dengan Mama boleh?ā
āApa ni Mama? Buat Bibi sedih pula. Bibi tak sabar nak lihat adik Bibi. Adik, cepatlah keluar.ā
Mak Utih memandang tepat wajah Bibi. Melihat ke dalam matanya.
āBibi tentu ingat hadith nabi, : āApabila anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amal ibadahnya kecuali tiga perkara, sedekah (wakaf) yang terus berjalan (berguna), ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakannya.ā Mama harap Bibi akan doakan Mama. Mama tak harta lain, melainkan Bibi, yang bakal menjadi saham untuk Mama.
āMama jangan risau. Seorang anak yang baik tak akan melupakan ibunya dalam setiap doa. Bibi sayangkan Mama.ā
Hari-hari yang dilalui amat membahagiakan. Saling berkongsi cerita, membuat persiapan menyambut ahli keluarga baru, seakan kebahagiaan hanya milik mereka bertiga. Mamalah yang paling gembira. Tak berhenti tangannya daripada melakukan kerja. Ada sahaja yang mahu dilakukan. Seperti dulu-dulu, ketika Mak Utih belum hamil.
Pagi itu seperti hari-hari lain. Mama sibuk di dapur, Bibi sibuk mengemas di bilik. Ayah awal-awal lagi bertolak ke pejabat. Usai megemas, Bibi santai di katil, menghabiskan novel yang dihadamnya sejak semalam. Masih awal lagi untuk ke dapur, begitu fikir Bibi.
āKedebom.ā
Bunyi dentuman kuat itu mematikan pembacaannya, dia bergegas ke jendela bilik. Terlihat ramai berkerumun, seperti ada kemalangan. Entah mengapa Bibi jadi tak sedap hati.
āMama.ā
Tiada sahutan.
āMama.ā
Bibi keluar mahu melihat apa terjadi. Ada kobis, jagung muda, daging ayam, berserakan atas tar. Sebotol jus mangga seperti selalu dilihat di rumah. Mungkinkah? Dia melajukan langkah. Menyelit antara ramai orang. Kakinya terketar, bibir menggeletar, mata terbeliak melihat realiti ini. Seakan tayangan drama di kaca televisyen.
āYa ALLAH, Mama....ā
Pandangannya turut gelap.
Segala yang berlaku amat pantas. Sedar daripada pengsan, Bibi berada di katil sendiri, dalam biliknya. Segera teringat Mak Utih. Dikuatkan kaki melangkah, walaupun kepala masih berpinar. Longlai kaki melangkah ke kamar utama.
Bibi menyelak kain yang menutup wajah jernih Mak Utih. Ada sebak bertakung di jiwa, dia tahankan, cukuplah penyesalan yang hadir di hati kala ini. Tiada sebarang calar, walaupun hakikatnya kemalangan itu agak mengerikan. Digilis bas sekolah dan terseret beberapa meter. Mulianya hati Mak Utih. Terima kasih, Mama, atas kasih yang Mama curahkan. Biarlah sebentar Cuma, namun doa akan terus Bibi pohon untuk Mama. Pengorbanan Mak Utih tak akan mampu dia bayar selama hayat. Hanya doa dan sekalung al-Fatihah diberikan saban hari, tanda ingatan seorang anak. Kucupan terakhir hinggap di pipi sejuk Mak Utih. Bermulalah pengembaraan Mak Utih mengikut arwah Ibu.
Bibi teringat pesanan ustaz, barangkali kamu sayangkan sesuatu itu sedangkan dia bukanlah yang terbaik untukmu, tetapi kamu amat bencikan sesuatu, sedangkan itulah yang terbaik. Bibi reda menerima kehilangan dua insan yang disayangi dalam jangka masa belum genap setahun, dan adik yang dinanti turut pergi sama. Bukankah anak-anak kecil yang meninggal akan memberikan minuman pada Ibu bapanya di syurga kelak? Amin. Semoga itulah yang terbaik untuk Ayah.
Kasih manusia akan terlerai apabila datang jemputan daripada kekasih yang lebih agung. Hamba yang kerdil tak mampu menghalang ketentuan ini. Kasih Mak Utih hanya takat ini, terlerai sudah. Namun sayangnya akan abadi selamanya. Sayang mak Utih selamanya. Mak Utih Mama Bibi.
āMak Utih tak patut kahwin dengan Ayah.ā
Bibi pernah celupar berkata begitu. Mak Utih diam, tak berkata apa-apa, sebaliknya dipeluk Bibi penuh kasih.
āBibi tak faham kenapa Mak Utih kahwin dengan Ayah Bibi. Kubur Mak Bibi masih merah, Ayah sudah kahwin lain. Mungkin kerana itu kamu berdendam, Bibi.ā
Bibi buat-buat pekak badak. Walaupun tersentuh dek pelukan hangat itu, ditunjuk juga kepala batu. Bibi mencebik. Malas melayan. Dia banyak mendiamkan diri kini. Biar Mak Utih katakan Bibi sombong. Sebelum kematian Ibu, mereka sangat mesra. Mak Utih tempat Bibi mencurah rasa. Kini, Bibi tak ambil pusing. Bibi ingin lari daripada realiti ini. Amat pahit untuk ditelan, masin untuk dicicip.
Jauh di sudut hati, tumbuh juga rasa sayang dan ia mula mekar. Mak Utih penyayang dan pandai mengambil hati. Bibi lihat Ayah jarang keluar jika bukan kerana urusan kerja. Ayah seperti mahu menebus kasih yang sebelum ini terabai. Ayah banyak meluangkan masa dengan Bibi. Bibi tahu, mana mungkin dia menolak kehadiran Mak Utih. Bibi perlu akur dan belajar menerima kenyataan. Sesungguhnya kenyataan yang pahit itulah yang mengajar erti kehidupan dan melatih diri menjadi lebih matang. Bibi tidak menolak kehadiran Mak Utih, cuma dirinya akur pada keegoan diri.
Bibi menerima berita perkahwinan Ayah dengan senyuman. Senyuman sinis tanpa secarik keikhlasan. Ayah mengambil keputusan untuk menikahi Mak Utih, adik Ibu. Mengapa Mak Utih? Alasannya hubungan mereka tiada batasan lagi. Bibi agak rapat dengan Mak Utih. Mereka boleh bersama sebagai sebuah keluarga, dan mungkin bersama-sama membina kebahagiaan. Tapi Bibi berdendam. Bibi enggan menerima kenyataan. Bibi tidak menghadiri perkahwinan ayah. Malahan tiada sebarang ucapan tahniah terbit daripada mulut.
āAhad depan kita adakan kenduri, Bibi baliklah.ā
Bibi diam. Dia menurut hati yang enggan menerima keputusan Ayah. Ayah tunduk. Sedih dek perlakuan Bibi. Ayah banyak memendam rasa, melayan permata hati yang seorang ini. Bibi pandang tampang Ayah dengan wajah berkaca. Perlahan langkahnya mendekati, memaut bahu Ayah, melepaskan esakan di situ.
āBibi izinkan Ayah berkahwin dengan Mak Utih.ā
***
Rewang diadakan, persiapan dilakukan sesederhana mungkin. Bagi Ayah dirinya sudah tua untuk membuat kendara mewah, dia hanya mahu Bibi, anak tunggal kesayangannya gembira. Walaupun tanpa sedar dia meragut kegembiraan anak itu.Bibi memberikan alasan, ada aktiviti yang tak dapat dielakkan. Dia tak dapat menghadirkan diri dalam majlis perkahwinan nanti. Ayah diam. Tak memberi respon, asal sahaja Bibi memberi keizinan.
Mak Utih belum tua, usianya mencecah 33 tahun, sedang Ayah lagi lima tahun, genap setengah abad. Dirasa kasih Mak Utih yang melimpah ruah, namun hatinya menolak rasa mahabbah itu. Bibi mahu bebas. Entah apa yang Bibi faham akan kebebasan yang sebenarnya, Bibi sendiri tak maklum.
***
āLagi lapan bulan, Bibi akan dapat teman. Mak Utih hamil, Bibi.ā
Benarkah? Tuhan, Bibi akan berterman, tidak lagi keseorangan seperti sebelum ini. Terima kasih Tuhan. Hati Bibi meronta-ronta mahu memeluk Mak Utih. Betapa dia amat gembira mendengar khabar itu.
āMak Utih, maafkan Bibi.ā
āBibi anak Mak Utih. Anak yang Mak Utih kandung ini akan jadi teman Bibi. Mak Utih sayang Bibi, Mak Utih tak pernah rasa kasih anak. Bibi anak Mak Utih.ā
Benih Ayah yang bercambah dalam diri Mak Utih menyedarkan Bibi akan kasih Mak Utih pada Ayah. Bukankan Mak Utih tak bersalah? Takdir tersurat bahawa Mak Utih akan menjadi sebahagian kehidupannya.
āTuhanku, panjangkan usia Mak Utih. Berikan kebahagiaan padanya. Aku banyak bersalah padanya. Berikan aku ruang untuk menebusnya. Terima kasih Tuhan, atas kurniaan ini. Mataku dibutakan syaitan, musuh paling nyataku. Semoga anak yang dikandung Mak Utih menjadi penyejuk mata, pendamai jiwa buat kami. Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala yang tersirat.ā
Setiap orang mampu berubah jika dikuatkan hati untuk mengubah diri sendiri. Tidak ada yang mustahil akan berlaku, jika itu yang dikehendaki Tuhan. Bibi lihat Mak Utih kian sarat, namun seperti ada sesuatu yang kena. Mak Utih banyak bermenung. Mak Utih sering menangis di sejadah. Mak Utih suka tenung wajah Bibi lama-lama.
āMak Utih sihat? Kenapa pandang Bibi macam tu.ā
āBibi? Tak ada apalah. Mak Utih suka tengok Bibi berubah. Rasa macam dulu-dulu. Sebelum Mak Bibi meninggal. Bibi tak salahkan Mak Utih, kan, kahwin dengan Ayah Bibi?ā
āMak Utih, Bibi bersyukur ayah berkahwin dengan Mak Utih. Ayah dah berubah. Mak Utih banyak tolong Bibi. Mak Utih sayang Bibi.ā
āSyukurlah, Bibi. Mak Utih hanya tunaikan wasiat arwah Ibu Bibi sebenarnya. Dia yang mahukan Ayah berkahwin dengan Mak Utih.ā
Bibi terkenang saat itu. Dia tak berada di sisi ketika Ibu menghembuskan nafas terakhir. Sehingga kini, Mak Utih seperti menyimpan rahsia. Bibi enggan bertanya, khuatir Mak Utih tersentuh.
āBibi, sebenarnya Ibu Bibi sakit. Beliau ada kanser hati. Dah lama, Ibu bergantung pada ubat, tapi Ibu rahsiakan daripada Bibi. Saat akhirnya, Ibu pesan, Mak Utih perlu jaga Bibi sekiranya Ibu tiada lagi di dunia. Mak Utih tiada pilihan. Tersepit antara kasih Ibu saudara dan perasaan sendiri. Akhirnya Mak Utih korbankan perasaan sendiri, mengahwini Ayah Bibi, abang ipar Mak Utih sendiri.ā
āMama...ā
Mak Utih terkedu. Bibi memanggilnya Mama? Dipaut erat Bibi. Doanya selama ini dimakbulkan. Seakan nampak kakaknya tersenyum melihat situasi ini. Menyaksikan perubahan Bibi.
Bibi menolong mana termampu. Dia tak akan membiarkan Mak Utih keseorangan. Mak Utih pengganti Ibu, isteri Ayah, tak patut Bibi buat tak endah.
āBibi tahu kan, semakin ALLAH sayangkan seorang itu, makin diujinya dengan berbagai ujian, yang dia rasakan berat. Tapi sebenarnya ALLAH mahu hapuskan dosa, tingkatkan iman jika dia bersabar. Bibi janji dengan Mama boleh?ā
āApa ni Mama? Buat Bibi sedih pula. Bibi tak sabar nak lihat adik Bibi. Adik, cepatlah keluar.ā
Mak Utih memandang tepat wajah Bibi. Melihat ke dalam matanya.
āBibi tentu ingat hadith nabi, : āApabila anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amal ibadahnya kecuali tiga perkara, sedekah (wakaf) yang terus berjalan (berguna), ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakannya.ā Mama harap Bibi akan doakan Mama. Mama tak harta lain, melainkan Bibi, yang bakal menjadi saham untuk Mama.
āMama jangan risau. Seorang anak yang baik tak akan melupakan ibunya dalam setiap doa. Bibi sayangkan Mama.ā
***
Pagi itu seperti hari-hari lain. Mama sibuk di dapur, Bibi sibuk mengemas di bilik. Ayah awal-awal lagi bertolak ke pejabat. Usai megemas, Bibi santai di katil, menghabiskan novel yang dihadamnya sejak semalam. Masih awal lagi untuk ke dapur, begitu fikir Bibi.
āKedebom.ā
Bunyi dentuman kuat itu mematikan pembacaannya, dia bergegas ke jendela bilik. Terlihat ramai berkerumun, seperti ada kemalangan. Entah mengapa Bibi jadi tak sedap hati.
āMama.ā
Tiada sahutan.
āMama.ā
Bibi keluar mahu melihat apa terjadi. Ada kobis, jagung muda, daging ayam, berserakan atas tar. Sebotol jus mangga seperti selalu dilihat di rumah. Mungkinkah? Dia melajukan langkah. Menyelit antara ramai orang. Kakinya terketar, bibir menggeletar, mata terbeliak melihat realiti ini. Seakan tayangan drama di kaca televisyen.
āYa ALLAH, Mama....ā
Pandangannya turut gelap.
Segala yang berlaku amat pantas. Sedar daripada pengsan, Bibi berada di katil sendiri, dalam biliknya. Segera teringat Mak Utih. Dikuatkan kaki melangkah, walaupun kepala masih berpinar. Longlai kaki melangkah ke kamar utama.
Bibi menyelak kain yang menutup wajah jernih Mak Utih. Ada sebak bertakung di jiwa, dia tahankan, cukuplah penyesalan yang hadir di hati kala ini. Tiada sebarang calar, walaupun hakikatnya kemalangan itu agak mengerikan. Digilis bas sekolah dan terseret beberapa meter. Mulianya hati Mak Utih. Terima kasih, Mama, atas kasih yang Mama curahkan. Biarlah sebentar Cuma, namun doa akan terus Bibi pohon untuk Mama. Pengorbanan Mak Utih tak akan mampu dia bayar selama hayat. Hanya doa dan sekalung al-Fatihah diberikan saban hari, tanda ingatan seorang anak. Kucupan terakhir hinggap di pipi sejuk Mak Utih. Bermulalah pengembaraan Mak Utih mengikut arwah Ibu.
Bibi teringat pesanan ustaz, barangkali kamu sayangkan sesuatu itu sedangkan dia bukanlah yang terbaik untukmu, tetapi kamu amat bencikan sesuatu, sedangkan itulah yang terbaik. Bibi reda menerima kehilangan dua insan yang disayangi dalam jangka masa belum genap setahun, dan adik yang dinanti turut pergi sama. Bukankah anak-anak kecil yang meninggal akan memberikan minuman pada Ibu bapanya di syurga kelak? Amin. Semoga itulah yang terbaik untuk Ayah.
Kasih manusia akan terlerai apabila datang jemputan daripada kekasih yang lebih agung. Hamba yang kerdil tak mampu menghalang ketentuan ini. Kasih Mak Utih hanya takat ini, terlerai sudah. Namun sayangnya akan abadi selamanya. Sayang mak Utih selamanya. Mak Utih Mama Bibi.
_________________________
23/08/2008 11:57:13
Mahalah Ummu Salamah
BLOK A: 3:12
*Sebuah tulisan yang sudah lama ditulis.
__________________________________
Comments