Tidak perlu baca, aku hanya mahu menconteng!

Aku tidak malu kan menulis dalam blog apa sahaja yang terlintas dalam diri aku.
Aku pasti akan tulis apa sahaja yang terlintas.
Banyaknya aku akan tulis cerita sedih. Mungkin sebab aku susah untuk bercerita.
Selalu aku rasa nak tutup blog ini namun aku akan buka kembali sebab aku akan tetap mahu menulis.
Boleh dikatakan tiada info yang kalian akan dapat dengan membaca blog ini sebab ia bukan blog yang best!
Ia hanya contengan budak hingusan.
Dengarkan degupan rasa itu!

Nak tahu tak, semalam aku ponteng kelas parenting. Minggu ini setiap malam aku akan tidur berteman si air mata. Tiap-tiap malam aku tidur seawal yang mungkin. Tidur bersama air mata yang menjadi teman. malah, setiap kali ia akan mengalir aku sudah tidak dapat lakukan sebarang kerja dan aku akan tinggalkan walaupun sedang menyiapkan assignment. Sengal tak?

Memang jika kamu tidak sibukkan diri dengan kerja-kerja berfaedah maka diri akan berperang dengan diri sendiri. Dan macam-macam perasaan akan timbul. Maka, jika kamu banyak kerja untuk dilakukan, beruntunglah kerana kamu sedang menuju kedewasaan dan mendapat pengalaman yang pasti tidak akan kamu dapat dalam kelas.

Sekolah kehidupan itu sangat luas.

Semua assignment belum aku siapkan.... Kasihan Sarah aku pinjam laptopnya sejak semalam, namun akhirnya aku tidak buat kerja sebab aku hilang punca... Tapi masih sempat aku menconteng di sini. ah, ini bukannya dalam silibus dan aku enjoy untuk lakukan.

Sekarang mood PRK dalam UIAM namun aku tidak terasa kepanasaanya kerana aku hanya memandang dari satu sudut dan duduk senyap-senyap. Tahniah kepada yang bakal bergelar SRC...

Selasa... Adakah aku akan mengundi tahun ini?

Kak Husni, betul mungkin sekarang banyak perkara yang aku pending. Haha...

Kepada kamu-kamu dan kamu- terus melangkah!

Kepada aku, hentikan kerja tidak berfaedah!

Haha, sangatlah melampau apa yang aku conteng tapi aku nak menconteng jugak.. Aku akan terus conteng dan conteng walaupun aku tahu ada benda yang tidak patut aku tulis.. ada ketika aku macam nak bercerita dan tidak mampu untuk bersendiri, tapi aku kembali sedar yang itulah kehidupan yang aku pilih.

aku takut untuk melihat cermin. Aku takut untuk pandang diri sendiri.

Haha.

Titik. Berhenti untuk merapu seketika. Banyak pula aku mengomel dan mengomel....................................................................................................................

Comments

Popular posts from this blog

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Jom Belajar Nusus

Cerpen: Kembali Bertaut