Skip to main content

Bicara Yang Mati.

Gugurnya baris kata dalam diri.
Kamu mahu aku dendangkan sebuah cerita?

Oh, ini bukan cerita romeo dan Juliet atau Qaisy dan Laila. Hanya hamburan kata-kata yang lahir daripada seorang manusia bernama aku. Aku ini bukannya seorang penukil kata hebat yang pandai bermadah atau menyusun kata menjadi sebuah bait syair sehebat mereka pada zaman Jahili. Hanya mahu menyusun kata demi kata tentang pengalaman seorang diri dan makhluk bernama Aku.

Sebermulanya aku dahulu manusia yang suka membaca cerpen dan tidak pandai langsung menulis puisi. Hanya tahu menconteng pada kertas susunan kata yang terlahir dalam diri. Tentu sahaja bukannya ada aturan kata yang manis untuk dibaca namun entah mengapa aku jadi sangat berminat dengan satu subjek. Subjek Penulisan ketika di sekolah rendah dan subjek bahasa Melayu ketika di sekolah menengah.

Aku suka membebaskan perasaan dengan perkataan. Justeru, menulis diari itu  merupakan satu tabiat yang sukar untuk aku pisahkan dengan kehidupan. Aku bebas sebebas-bebasnya untuk meluahkan sebarang perasaan yang aku rasa dan aku pernah membiarkan orang lain membaca diari peribadi yang aku tulis. Mungkin aku sebenarnya spesisi manusia yang tidak kisah dengan istilah privasi walaupun dilihat aku seperti seorang yang sangat perahsia.

Ya, daripada proses menulis diari itu sebenarnya mengajar aku untuk menyusun kata dengan lebih teratur namun aku sering gagal meluahkan dengan menggunakan tutur kata. Sering ia tersekat dan aku tidak mampu untuk meneruskan bicara yang panjang dan sering kalah apabila ia berkisar tentang pendapat aku. Kataku pasti mati di situ.

Semakin aku membesar tabiat aku berubah dan rasa cintaku pada perkataan mungkin sedikit pudar apabila kini aku langsung tidak mempedulikan bahan bacaan yang sepatutnya aku tekuni saban hari. Wajar sepatutnya aku membaiki kata dengan terus membaca cerpen dan puisi terbaik namun aku sudah berhenti.

Aku berhenti menjadi pembaca dan akhirnya aku sudah berhenti menulis.

Itu satu kerugian yang sering aku renungkan kembali namun apabila tugu semangat yang aku bina itu sudah runtuh, ianya seakan tidak punya makna. Susah benar aku memulakan walau sebari kata. Hanya apabila ia hanyalah contengan begini yang tidak punya makna, aku mampu menyambung berkajang-kajang kata namun aku sudah tidak dapat untuk menukil cerpen dan sajak. =(

Kenapa ya aku menulis keluhan ini di sini? Entahlah, mungkinlah ada perasaan dalam diri untuk kembali menulis dan mengatur kata namun semuanya mati. Kata-kata tidak mampu menghidupkan semangat dalam diri ini lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...