Skip to main content

kesempatan.

Banyak perkara yang kadang untuk diri perhati kala ia berada depan mata. Namun hanya setelah ia TERJADI, barulah perasaan sesal datang kerana tidak menggunakan kesempatan yang Allah datangkan dengan sebaiknya. Semuanya kerana diri yang sombong dengan sebuah hakikat dan payah untuk menerima sesuatu yang bernama kenyataan.

Allah tidak hadirkan ramai orang di sekeliling kita dengan hanya sia-sia. Malah tidak ada satu kejadian walau ia sebesar hama terjadi tanpa sebab dan akibat. Sepatutnya kamu, yang bernama manusia itu perlu belajar daripada kesilapan. Bukannya berterusan mengulangi kesalahan yang sama. Itu namanya manusia yang tidak belajar. Benar sekali bahawa semua manusia itu melakukan salah dan sebaik manusia yang melakukan kesalahan itu yang cepat sedar dan berubah atas kesalahan yang dilakukan. Dia tidak akan biarkan diri hanya terbelenggu dek kesalahan yang mengganggu jiwa.

Belajar dengan apa yang terjadi. Dengarnya seperti mudah namun hakikatnya diri yang melalui proses tarbiyah itu sedar bagaimana ia melalui kehidupan. Beza sekali dengan kehidupan diri ini. Kadang diri terumbang ambing sendiri, menegur diri sendiri dan kesalahan kadang tidak tersedar diri melakukannya. Sungguh! Hinggap juga dalam diri rasa rindu kehidupan berusrah yang pernah seketika aku rasakan suatu masa, namun kehendak diri yang memutuskan segala-galanya.

Ya, kesempatan itu hilang kerana kemahuan diri sendiri! Pendapatku, kehidupanku yang aku rasakan kadang berbeza dengan orang lain, aku takut melukakan. Aku cuba untuk tidak berpura-pura walaupun aku sedar yang aku melepaskan sesuatu yang menguntungkan.

Entah apa sudah aku rapukan lagi!

BIARKANLAH!

\Aku merelakan ia berlalu.

Semoga kesempatan kehidupan berbaki ini bukanlah bebanan untuk diri sendiri. Khuatir juga andai tersadung lagi kaki, terjatuh berulang kali namun aku segera sedar yang itulah kehidupan.

Sekolah kehidupan itulah yang mengajar! Biar aku ketegar.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub