Skip to main content

:.Tolong jangan baca sebab anda akan rasa ia merugikan!.:

Sarah, terima kasih pinjamkan laptop,aku menconteng lagi hari ini..

Mak, saya lupa apa yang mak pesanDulu mak pesan untuk saya jadi anak yang baik. Jadi manusia yang berbakti kepada orang lain, namun saya tidak jadi orang yang baik sekarang. Saya tidak ingat apa yang mak pesan.

Saya tidak dapat bersabar sekarang. Mudah sahaja kesabaran saya terbakar oleh api kemarahan. Saya jadi suka menyisihkan diri dan langsung tidak mahu masuk dalam komuniti.

Saya takut untuk menghadapi dunialuar kelak kerana langsung saya tiada pengalaman.Kadang saya seperti tidak mahu tepati masa perjanjian apabila selalu sahaja perjanjian yang diatur bukan pada masanya Namun saya teringat yang Nabi suka jika umatnya menepati janji. Biarlah kita yang sampai dahulu sebelum orang lain, janganbiarkanoranglainmennati kita.

haha, apa yang aku merapu...

Entah,rasa kasihan dengan diri kadang-kadang.
Rasa seperti aku zalim dengan diri sendiri. Aku tidak adi dengan diri. Aku tidak tunaikan hak kepada diri.

Tetapi aku tidak suka join society...

Haha,bukan aku tidak sedar ia ilmu yang tiada dalam buku teks dan aku perlu cari sendiri, namun aku takut dengan bayang sendiri. Maka, aku hanya biarkan diri dengan diri sendiri. Tanpa aku merubah apa yang berlaku.

Aku pernah mencubanamun terasa tidak serasi dengan diri.Kemudian aku berundur.

Bukan aku tidak tahu yang hidup ini bukan satu pilihan. Ia satu kenyataan.

Aku ada sesuatu mahu katakan padanya,namun aku tidak tahu untuk melafazkan. Kala aku bersamanya tentu mulutku akan terkunci. Kadang terlebih reaksi..

haha..

stop! Merapu sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub...