Integrasi ilmu

Perjalanan masih panjang dan jauh...
Akhirnya saya tetap berbicara pada lembaran bisu ini walaupun sedikit lewat.

Saya hanya teringat sesuatu yang dipesan oleh ustaz Nasr el-Din dalam kelas Naqd Qadim yang lepas. Ketika dalam kelas yang hanya separuh hadir. Kelas dalam suasana penuh syahdu usai solat Maghrib. Ustaz Nasr El-Din yang sangat rajin mengadakan kelas hinggakan kelas yang sepatutnya cuti umum juga diganti (..insaf saya jadinya.) Walaupun bukan 100% yang saya mampu untuk hadam, sekurang-kurangnya ada sedikit intipati yang tetap lekat dalam kepala

Integrasi dalam ilmu.
Salah satu misi Taman Ilmu dan Budi ini ialah integrasi ilmu. Maknanya, jika seseorang belajar bahasa bahasa Arab, mereka tidak akan hanya belajar bahasa arab namun perlu juga (wajib) ambil beberapa subjek IRK (ilmu wahyu) dan Sains Kemanusiaan. Lagilah mantap mereka yang ambil minor pula dalam bidang lain seperti ICT, business dan seumpamanya.

Kata ustaz, inilah yang kita mahu! Lihat sahaja pada zaman dahulu ulama'nya tidak hanya pakar dalam satu bidang namun banyak aspek yang mereka teroka sepanjang kehidupannya. Jika mereka pakar dalam adab tidak semestinya mereka hanya pandai tentang syair dan naqd namun mungkin sahaja beliau juga merupakan ilmuwan dalam bidang lughah. Boleh jadi!

Malang sebenarnya jika hanya bertumpu kepada satu bidang. Jika belajar syair, hanya kaji tentang syair. Walaupun memang kita akan mengkaji secara sangat mendalam namun adalah satu kerugian apabila kita tidak belajar juga dalam bidang lain. Ilmu kita hanya takat itu, sedangkan banyak perkara lain yang kita perlu tahu juga. (itu ustaz cakaplah..)

Baguslah UIAM membuat sistem yang mewajibkan semua pelajar belajar banyak perkara walaupun dirasa tiada kaitan dengan pengkhususan yang diambil. Apa tidaknya, bahasa Arab merupakan subjek wajib yang perlu dipelajari oleh semua pelajar. Ambil kursus apa sekalipun masih tetap perlu belajar agama pada hakikatnya..

Hanya diri itulah yang mahu atau tidak amal yang kita belajar.

tit... pertanyaan untuk diri sendiri yang bernama Jamilah Mohd Norddin... Mahu berpindah lagi?

***
Cerita ustaz hanya takat itu. Aku hanya mahu sambung sedikit dengan omelan yang tiada kaitan. Semester depan saya benar keliru mahu ambil atau tidak. Sebelah hati berat untuk ambil, sebelah lagi seperti mahu rehat panjang. Entah kenapa, aku benar-benar mahukan rehat yang panjang ini walaupun saya tahu baru seminggu cuti saya sudah terasa bosan tambah-tambah jika tiada laptop menemani. Dapatkah saya bertahan?

Katanya mahu cari kerja namun serius saya takut tidak dapat bertahan kerja. Setakat yang saya cuba, baru dua tiga hari kerja saya sudah cabut mahu balik rumah. Bukan sebab gaji namun saya tidak serasi. Akhirnya adakah nanti saya akan hanya duduk atas katil dan memerhati? Huh! Tidak dapat saya bayangkan,namun hati seakan tidak mahu ambil semester pendek ini..

11-2-2011.
10.50p.m
Asma'

Comments

Popular posts from this blog

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Jom Belajar Nusus

Cerpen: Kembali Bertaut