Hujan memberi pesan |
Berulang kali menaip aksara di sini namun akhirnya terpadam juga. Ada sekatan yang menghalang diri daripada meneruskan penulisan. Namun malam ini aku mahu menulis juga...
Membaca beberapa entri yang ditulis oleh beberapa orang blogger seakan menjawab persoalan yang sebenarnya terjadi pada diri ini. perihal kekosongan diri yang tentu sahaja tidak terjadi ia tanpa sebab. Rasa tidak nampak hala tuju dan mahu berhenti untuk terus berjuang. Bukankah kamu selalu ingatkan diri yang Allah uji sesuatu yang mampu dihadapi oleh seseorang. Sebesar mana sekalipun kehendak Allah mahukan ia terjadi dan sebenarnya harus ada rasa percaya yang dalam bahawa Allah menurunkan ia sesuai dengan fitrah seseorang hamba yang mana situasi mereka tidak sama.
Jauh dengan Allah.
Tidak membaca al-Quran.
Ada masalah dengan keluarga sendiri.
Sakitkan hati orang tua.
Tidak zikir
Ada kawan terasa dengan kita walaupun dah maafkan
Sakitkan hati orang lain.
Kadang ada perkara yang biasa kita lakukan namun sebenarnya ia menyumbang kepada kebinasaan kepada diri sendiri namun kita tidak sedar. Ada perkara sering yang sering kita tidak ambil endah.
Bagaimana hati mahu tenang, hidup mahu aman, ilmu mahu lekat jika tidak pandai jaga hati orang lain. Sungguh benar sekali kenyataan itu. Aku tidak pandai dan tidak tahu menjaga hati orang lain.
Comments