Skip to main content

tidak penat aku dendangkan cerita.

Ngeh3x.. ini contengan untuk pecahkan kebuntuan idea!
Bahagia kan tengok orang bersemangat.
Seronok kan bicara dengan mereka yang akrab dengan Allah. Rasanya lain. Bicara mereka berbeda.  Sungguh rasa tenang.
Suka melihat mereka yang berukhuwah kerana cintanya.
Sayang meresap dalam jiwa kala rasa cinta menyelinap dalam diri.

Perasaan itu datang dan pergi. Berlalu dan kembali. Namun apa sekalipun langkah pasti saya teruskan walaupun terasa sehari demi sehari perasaan makin hilang. Tinggal jasad masih bersama daerah kecintaan sedangkan hati terbang entah ke mana. Kala itu entah bagaimana hati jadi teringat pesanan ustaz Adli, bicara ustaz Hanafi, sembang ustaz Saupi, keluhuran ustaz Majdan... Nama-nama itu seakan jadi tertampal dalam akal sendiri.

Bagaimana?

Bukan saya tidak sedar malah sangat jaga dan arif dengan perkara yang terjadi namun bagaimana harus diri akur menerima. Tidak ada roh apabila belajar ibarat satu musibah yang datang pada diri. Salah aku! Salah saya! Bukan salah orang lain. Mana mungkin saya menuding jari ke sana sini, mahu meletakkan kesalahan bukan pada tempatnya. Kadang setia pula diri menyebut kalau itu, kalau ini... Sedang bukan tidak sedar yang saya berada atas landasan ini kerana inilah jalan terbaik untuk saya.

Hati mula menafikan kembali.

Sudah banyak minggu saya berada di semester ini. Sudah beberapa perkara saya lepas namun hakikatnya sekadar boleh jalan. Saya langsung tidak punya bekal yang cukup.

Saya sedih pula kala teringatkan mereka yang menanti di rumah.

Titik.

Lihat, saya sudah merapu dan merapu. Entahlah! Saya terpaksa akui yang saya cemburu melihat karya rakan terpampang dalam majalah, terbitkan buku, namun saya tidak pun menghasilkan walau satu karya sekarang. Saya bukan lagi saya yang suka beli buku, saya yang suka baca buku, saya yang suka lepak di maktabah... Saya.. di manakah hati itu tercampak?

ya Allah...

Sebenarnya aku mahu dendangkan cerita pembentangan tadi. Lalala.. Asal sahaja sudah lepas saya letak tepi kata-kata cikgu. Saya juga sedar yang saya melihat kertas, tidak yakin, nada tiada... Saya tidak pernah berlatih depan cermin dan paling penting saya tidak suka bercakap depan khalayak. Titik. Kredit untuk Kak Jamilah yang sediakan power point (titik berkuasa) yang mendapat pujian cikgu.

Keduanya, lalainya saya hingga terlupa yang ada perkara yang saya perlu langsaikan juga hari ini. Perihal Penyair Hafidz Ibrahim. Langsung tidak singgah dalam ingatan saya hinggalah terpandang muka surat bertanda itu dalam kelas  Penyair Arab Moden tadi.

....
Aku mahu terbang!

perasaan itu menghantui aku. Rasa cinta seakan mahu beransur pergi dan aku sendiri sudah tidak yakin dengan diri adakah dapat aku tamatkan pengajian pada 2013 atau ... Semuanya rasa bercelaru namun aku hanya boleh lontarkan dengan penulisan sebab aku tak ada rasa yakin itu. Setiap semester perasaan itu datang dan aku bersyukur masih dapat bertahan namun aku tidak pasti sampai bila akan aku pertahankan semangat yang mula runtuh kembali... Midterm yang sangat mengecewakan dan aku sudah menempah tempat semester depan. Untuk semester pendek akhirnya aku belum buat keputusan. Terasa hilang sebelah diri cuti kali ini. Entah mengapa aku sendiri tidak mampu menjawab dengan kalam. Bukan itu kehendak aku, namun ia datang dan mengganggu hari-hari dna perjalanan masaku.... 

......

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...