Pemerhati Alam. |
Namun hakikat yang perlu saya akui yang sebenarnya dalam gembiranya kehidupan yang bebas namun sebenarnya seseorang itu tetap memerlukan kehidupan yang punya jadual tertentu. Bukan hanya melakukan perkara yang mahu dilakukan tanpa sebarang kawalan.
Penyair itu tentu sahaja sebenarnya mempunya jadual mereka sendiri walaupun kita melihat mereka seperti tidak santai sahaja. Sesiapa sahaja tentu sahaja punya jadual mereka sendiri cuma sama ada ianya berbentuk bertulis atau sekadar rancangan yang tercatat dalam kepala.
Lihat sahaja penyair dan alam itu amat dekat sebenarnya. Dalam puisi tradisional Melayu sendiri menampakkan bahawa sebenarnya seorang penyair itu dekat dengan alam. Eleman alam boleh kita lihat dengan ketara terutamanya dalam pantun Melayu. Suka! Senang aku melihatnya. Namun dalam sajak orang sekarang lebih banyak yang aku lihat penulisnya menulis sesuatu yang bersifat nyata. Tentang sesuatu yang dekat dengan mereka dan bersifat konkrit.
Bukan sahaja dalam puisi Melayu sahaja, namun apa yang asaya dengar daripada Ustaz Naqd, syair alam juga begitu. Syair dahulu payah untuk difahami hingga memerlukan kepada banyak kamus untuk mentafsir makna sesuatu perkataan namun syair zaman kini lebih mudah dan jelas maknanya.
Ya, senyuman ustaz petang tadi mencairkan hatiku...
Comments