Skip to main content

Perlukah Aku Khabarkan?

Jangan ada kesal atas apa berlaku
Tidak pandai lagi bermadah berpuitis kini. Semua kata-kata hanya jadi bualan biasa dan tulisan hanyalah sebuah contengan yang tiada makna.Namun jemari masih tegar mahu membebaskan sebahagian kata menyesak sukma. Mana bisa aku biarkan ia hanya bertarung dalam diri tanpa aku bebaskan mereka daripada perang sesama sendiri itu.

Hakikatnya, jasad dalaman sedang memberontak dan membantah apa yang sedang dilakukan oleh jasad luaran.

Ada perkara yang sengaja disemakkan.
Ada bahagian yang dilangsaikan.
Ada perkara terbengkalai.
Ada ...

Hakikatnya, bukan ada perkara penting untuk diselesaikan namun perangai diri yang itulah sebenarnya yang suka bertangguh hingga saat akhir. Selagi belum ustaz kata, "esok hantar kerja" maka semuanya bertangguh dan saya lebih suka lena.

Pagi tadi, ponteng buat kali ketiga kelas Tilawah kerana ada kerja yang tidak langsai + ...

Entah!

Kenapa ya saya suka sangat tulis apa sahaja yang berkaitan masalah dan tidak kepuasan hati itu. Mungkin disebabkan saya jarang mampu untuk bercerita kepada orang lain, maka saya selesa bebaskan ia begini.

Tak bagus juga. Bukan saya tidak sedar ada risiko apabila saya menulis semuanya namun selagi saya tidak mencoretnya, terasa ada yang tidak selesai..

hati-hati dalam perjalanan
Hm, tentang semester pendek depan saya belum pasti mahu mengambilnya atau tidak. Rasa saya seperti mahu bercuti panjang, sementelah semangat untuk semester ini juga sudah tingga nyawa-nyawa ikan. Cuba untuk bertahan hingga ke hujungnya walaupun saya sedar belum pasti saya akan jejak garis penamat.

merapu lagi!

Cukuplah saya mengomel malam ini. Oh, ya tadi kelas Naqd Qodim.. Banyak sangat belajar tentang syair zaman jahili itu namun belum semuanya semoat saya rakam dalam diri sendiri dan banyak yang terakam sudah keluar semula.

Ah, saya senang belajar dengan pensyarah yang hanya mengajar dan mengajar atau banyak bercerita dan tidak serius dalam kelas...

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub