Skip to main content

Durrah Nur Aqilah: Bau Hospital

Hospital! 

Siapa yang gemarkan bau ubat hospital? Rasa saya tidak ada yang menjawab ya melainkan jika mereka yang tugasnya hari-hari perlu berada di hospital. Saya juga. Paling tidak gemar berada dalam kawasan hospital dan hanya pernah beberapa kali ke sana atas urusan tertentu.

Saya tidak pasti sejak bila yang pasti saya seperti mahu menjauhi yang bernama rumah sakit walaupun dahulu kala kerap ke sana juga. Mungkin disebabkan bau ubat yang menyucuk hidung, saya tidak betah berada lama-lama di sana.

Namun sejak saya mula tua dan usia makin meningkat, rasa itu sudah bertukar. Perasaan tidak gemar kepada rumah sakit sudah menjadi neutral. Mana tidaknya, apabila kita menjejakkan kaki ke sana, maka akan ada satu perasaan wujud dalam diri.

"Aku bersyukur sebab bukan aku yang berada di sana. Bukan aku yang berada atas katil hospital. Bukan aku yang sedang dirawat. Allah beri aku kesihatan yang baik."

Wad.
Hospital boleh menjadi suatu tempat untuk muhasabah. Putih suasana mengingatkan sang pesakit akan kematian.

Lagipun, rasa saya rasa syukur ketika sakit dan rasa syukur ketika sihat itu berbeda. Makin banyak rasa syukur itu akan kita panjatkan kala Allah berikan ujian sakit itu walaupun sedikit kerana kita sedar yang Allah mahu beri peringatan sihat itu tidak lama. Ada sakit selepasnya. Masa sakit selalunya nama Allah pasti akan sentiasa ada dalam hati, teringat yang adakah Allah akan sembuhkan atau sakit itu membawa kepada kematian? Ya urusan maut itu Allah yang tentukan namun ada sesetengahnya Allah uji dengan sakit.

Sakit yang akan mendekatkan hamba dengan Khalik.


Sepatutnya kala Allah berikan nikmat sihat itulah perlu dijaga semuanya agar ketika sakit bukanlah kita menjadi manusia yang mengeluh pula. Mengeluh dengan nikmat. Sakit itu nikmat kerana Allah hapuskan dosa dan tidak semua orang akan mendapatnya.

Kepada orang tertentu Allah berikan sakit kerana mereka mampu melaluinya. Bukan semua boleh menanggung. Bukan semua boleh menerima sebuah kesakitan.

Ya.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...