Hidup kena bermacam warna! Enjoy your day! [kredit gambar: deviantart] |
Walaupun saya tahu saya bukan seperti teratai yang mampu bertahan dalam tasik lumpur, saya masih ada rasa percaya yang Allah sentiasa melorongkan yang terbaik untuk saya lalui.
Kenapa saya harus bersedih dan bersedih. Pandang langit biru yang saya tidak nampak penghujung lalu saya percaya walau jauh untuk saya sampai, pandangan saya tetap tiba pada langit nan biru itu.
Saya kena percaya yang takdir tidak sepertinya kisah filem yang ditonton atau novel yang dibaca. Mungkin kerana itu saya bersyukur dengan sedikit pengalaman yang Allah pinjamkan buat saya kerana walaupun sekecil perkara saya dapat belajar sesuatu.
Belajar bahawa setiap yang Allah takdirkan buat saya itulah yang terbaik. Kadang bukan yang saya mahukan, namun daripada itu saya tahu itulah yang terbaik buat saya.
=]
PERISTIWA 1:YURAN
Hari Khamis sudah berada di Taman Ilmu dan Budi untuk melangsaikan urusan yuran tertunggak dan subjek untuk semester ini. Apa tidaknya, selagi yuran belum dilunasi, saya tidak dapat menembusi sistem dan melihat keputusan semester lepas.
Dari Ruqayyah, saya bergerak bersama Ainul ke Bank Muamalat.
"Berapa ya mahu bayar?"
Akhirnya saya menuliskan RM100.00 pada slip yuran. Selesai.
Ke Finance Division untuk menghantar slip yuran.
"Adik, kena bawah RM300.00 baru boleh buka sistem."
Nganga. Haha, terpaksa berpatah balik ke Bank Muamalat.
Pak Guard pandang dengan wajah pelik.
"Aik!"
Saya buat wajah selamba. Ainul setia menemani.
Isi lagi RM100, kemudian bayar.
Ke Finance semula dan selesaikan urusan itu.
"Okeylah, nanti akak buka."
Senyum! Selesai satu masalah. Alhamdulillah.
Subjek Semester Ini. |
PERISTIWA 2: Keputusan.
Selesai urusan di situ, kami meneruskan langkah ke lab komputer [ITD]
Buka sistem, alhamdulillah sudah boleh saya tembusi untuk melihat keputusan.
Pandang keputusan. Telan air liur berkali-kali. Senyum. Tanpa perasaan.
Alhamdulillah,
Itulah yang saya dapat untuk semester ini.
Lihat, Allah beri sangat banyak. Saya sudah rasakan yang saya mungkin akan ditendang daripada Taman Ilmu dan Budi semester ini. Allah tidak izinkan saya begitu, lalu jalan yang lalui nampak mudah untuk saya rentas.
Alhamdulillah.
PERISTIWA 3:PTPTN.
Saya ini bukanlah penerima biasiswa atau tajaan Pa Ma. Belajar dengan pinjaman wang PTPTN sepanjang pengajian di sini. Semester lepas, buat perangai gila dengan tidak membayar yuran.
Lihat, mana mahu datangnya barakah belajar apabila duit PTPTN juga habis saya laburkan membeli novel yang saya. Haha, tidak mengapalah! Belajar daripada kesilapan.
Saya sangkakan jika dapat 2.0 ke bawah PTPTN saya akan digantung. Lalu, saya mesej kakak kelima saya.
"Bawah 1.6 dia gantung."
Alhamdulillah.
Akhir kalam.
Alhamdulillah, dengan masalah yang saya cipta, saya belajar benda baru. Masalah yang datang pada kita bukan untuk sekadar ditangisi -walaupun ada air mata tumpah semasa fikirkannya- yang penting lalui dan selesaikan. Insya Allah akan ada jalan keluar.
Akhir kalam, pesan buat diri, ambillah ibrah dengan apa yang terjadi saban hari. Ingat! Dalam suka atau duka, ketawa atau menangis, semuanya terjadi bukan dengan sia-sia.
Ambil pengajaran!
Wassalam.
3.13p.m/10.12.2010
Ruqayyah d1.4 (bilik Ainul)
Comments
haha. Tak pandai nak panjangkan. Kamu la tolong karangkan. Nanti akak baca versi bulya Iswandi punya.