Skip to main content

Murabbi Cinta.

Rasulullah itu Murabbi Cinta Kita.

Saya menulis catatan ini bukanlah dengan niat untuk mengulas tentang kurang lebih, baik buruknya buku ini. Lantaran saya sentiasa percaya dalam buku apa jua yang kita baca yang penting ambil mana yang baik kerana yang menulis itu seorang manusia. =]

Lagipun bagi yang mengikuti artikel yang ditulis oleh ustaz Hasrizal a.k.a. abu saif di laman webnya, saifulislam.com, buku ini merupakan kumpulan artikel dan web tersebut. Hanya disusun menjadi sebuah buku.=]

Saya sangat tertarik dengan artikel beliau yang bertajuk Tuliskan pengalaman itu. Dan saya percaya kakak saya menulis blog setelah membaca saranan ini. Apa yang ditulis ustaz?

"Sesungguhnya blog "saifulislam.com" yang telah mencecah seribu catatan itu, adalah warisan abi, untukmu, duhai anak cucuku."

Zup! Terasa benarnya apa yang ustaz katakan. Kita tidak tahu kehidupan yang dilalui oleh ibu ayah kita terasa kita tidak pernah membaca apa yang mereka tulis, atau paling tidak kita hanya mendengar dan tahu sebahagian kisah hidup mereka. Ustaz Hasrizal menggunakan blognya sebagai 'harta' yang akan ditinggalkan buat anak beliau agara mereka tahu bahawa beginilah mereka ketika kecil, dan beginilah kasih sayang seorang abi dan ummi kepada anaknya. Sekarang mungkin tiada apa-apa, setelah anak itu besar, mereka akan mengerti apa yang ditulis ustaz Hasrizal.

Maka, saya nampak itu. Tuliskanlah kisah yang mahu kamu kenang-kenang agar kelak ketika mungkin kamu lupa, kamu boleh melihatnya semula. Anak cucu kamu nanti boleh tahu laluan perjalanan ibu dan neneknya ini, dan tidak mengulang salah yang dilakukan. Bukankah mereka yang belajar sejarah dan ambil pengajaran akan mengelak mengulang sejarah yang sama?

Antara semua yang ditulis ustaz Hasrizal, saya terkesan yang ini. Jika terasa mahu membuat maksiat, nyalakan lilin pada satu jari dan rasakan kepanasannya. Adakah kita tahan? Itu baru satu jari, bagaimana seluruh badan kita yang dibakar? Naudzubillah..

Demikianlah... Kesimpulannya, apa yang ditulis ustaz Hasrizal banyaknya kisah beliau bersama anak-anak, dan persoalan yang ditanya oleh orang muda kepada beliau. Apabila ia ditulis dalam bentuk cerita, tidak terasa yang rupanya sudah habis sebuah buku dibaca..

Akhirnya, ustaz menyentuh bahawa sang murabbi cinta itu adalah Rasulullah...


Nota Sebelum Titik: Tak pandai nak ulas. Hanya tulis apa yang aku dapat.

Baca buku jap,
4.22p.m/1.12.2010,
Qamar Jamilah, Mahang.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub...