kata imam syafei: tidak dapat seseorang itu akan ilmu melainkan enam: kepandaian, semangat, kesungguhan, belanja, tunjuk ajar guru, masa yang panjang. |
Justeru perjalanan memburu ilmu bukanlah perjalanan yang hanya perlu ditempuh dengan berakhirnya enam tahun sekolah rendah ditambah lima tahun sekolah menengah dan empat tahun ijazah sarjana muda ditambah lagi dua tahun master dan dapat pula gelar dortor falsafah hingga akhirnya seorang profesor emiretus.
Sedang, hikmah yang kamu dapat sepanjang perjalanan ilmu itu yang penting. Masa adalah tempoh berlakunya sesuatu kejadian, namun ibrah yang berjaya kamu kutip sepanjang kembara ilmu itulah yang mesti disemat kemas-kemas dalam diri.
Usah cepat mengeluh dengan batu-batu kecil yang menjadi penghalang kejayaan. Sentiasa percaya kepada diri untuk bangkit dan bangkit dan terus bangkit hingga kejayaan berada dalam genggaman. Ingat, kejayaan atau kegagalan adalah pilihan bukan mandatori.
Untuk berjaya ada sikapnya dan untuk gagal ada tabiat tertentu yang kita perlu amalkan untuk gagal. Apakah ia? Bersikap malas, tidak ke kelas, tidak menyudahkan assignment dan segala sikap yang membawa kegagalan. Manakala mereka yang mahu berjaya adalah mereka yang sentiasa mencari jalan untuk menuju puncak.
Menuju puncak.
Segala apa yang kita tempuh sepanjang kembara menuju ke puncak itulah yang kita gelar ia pengalaman. Pengalaman itu bukankah guru yang perlu menjadi teman menempuh perjalanan hari? Jangan hanya membiarkan pelajaran baru yang diperoleh setiap hari terbang tanpa kita belajar sesuatu.
Belajar.
belajar ketika di ambang peperiksaan mungkin sahaja -dan memang jadi amalan saya juga- satu aktiviti yang menyeronokkan lantaran kita punya matlamat yang jelas -gol sasaran- iaitu peperiksaan memanggil. Mahu atau tidak, buku perlu dibaca, nota harus ditelaah, semuanya perlu ada dalam kepala untuk dilontar pada hari peperiksaan.
matlamat.
Kerana pada hari-hari biasa kita kadang tidak nampak gol yang sedang kita tuju. Benar, niatkan segala yang kamu belajar kerana Allah, semuanya selesai. Tetapi seramai mana yang sedar untuk berniat begitu? Pada hari-hari biasa yang kita nampak adalah peperiksaan yang masih jauh, lalu kita hanya belajar sambil, nota terbiar atas meja tidak terusik.
kesedaran.
Pugarlah semangat baru untuk menempuh hari baru yang menjanjikan menu kehidupan yang baru. Biar berkali ditusuk duri, biar kaki luka berdarah kepada kawat mencalari kaki, teruskan tekad di hati, ilmu tanam dalam diri, subur menjadi buah peribadi.
Jadi, mari kita mulakan hari baru dengan niat yang baru. Belajar untuk mendapatkan mutiara ilmu. Bukankah ilmu yang kita miliki hanya setitis air di lautan? Mungkin sahaja tidak sampai setitik ilmu yang lekat pada jari kita kita kala ini... Renungkan wahai diri.
أخي لن تنال العلم إلا بستـتة # سأنبيك عن تفصيلها ببيان # ذكاء وحرص واجتهاد وبلغة # وصحبة أستاذ وطول زمان
Wahai saudaraku…, engkau takan mendapatkan ilmu melainkan dengan (memperhatikan) enam hal…
Aku akan menyebutkannya dengan penjelasan… kecerdasan, semangat, kesungguh-sungguhan, biaya materi… petunjuk Ustadz, dan waktu yang panjang…. [sumber syair di sini.]
=]Aku akan menyebutkannya dengan penjelasan… kecerdasan, semangat, kesungguh-sungguhan, biaya materi… petunjuk Ustadz, dan waktu yang panjang…. [sumber syair di sini.]
alhamdulillah.
sembuh,
4.18a.m/7.12.2010
Qamar Jamilah, Mahang.
Comments