Hari ini saya buat pertama kali -walaupun sudah dua tahun di Taman Ilmu dan Budi- menonton pertandingan debat yang dianjurkan oleh IIUM dan OIC. Terima kasih untuk Kak Husni kerana mengajak saya ke CAC hari ini. =] Suka, suka, suka!
Pertandingan Akhir ini melibatkan tuan rumah -IIUM- dan wakil Bangladesh -saya tidak ingat nama uniersitinya- dan menyaksikan IIUM tumbang kepada wakil Bangladesh.
Namun IIUM tetap membawa pulang piala bagi peserta terbaik keseluruhan melalui wakilnya, Khalidah Nazihah, pelajar Tahun Akhir Bisnes yang merupakan antara pendebat terbaik IIUM. Baca tentang beliau di di blog ini. Dua orang lagi ialah Meor Alif, pelajar Sains Politik dan seorang lagi pelajar luar negara yang saya lupa namanya.
Ah, saya bukannya pandai menonton debat-debat begini. Kiranya dapat juga saya pengalaman baru hari ini apabila saya berpeluang menyaksikan pertandingan ini. Suka benar melihat orang dengan penuh keyakinan bercakap.
Mungkin nanti dan nanti saya berpeluang menyaksikan debat dalam bahasa Arab pula. Ah, cari di Youtube dan internet kan banyak. Haha, malas mahu mencarinya. Agak malang pula jika saya sebagai pelajar IIUM tidak pernah menyaksikan debat. Haha, walaupun saya tidak pernah berminat untuk menyertai debat, namun menontonnya juga saya dapat belajar sesuatu.
Untuk mendapatkan sesuatu perlu dengan usaha kuat. Kalah atau menang itu adat pertandingan, namun apabila sudah berada di atas pentas itu bermakna mereka sudah menang. Menang dengan orang lain yang kurang berani.
Ya.
Comments