Skip to main content

Memugar Cinta yang Layu.

 I love u BA.



Bismillahirrahmanirrahim...

Kertas kumal berconteng ini saya nukilkan buat diri sendiri. Cuti nan panjang melupakan seketika hakikat diri merupakan seorang pelajar bahasa Arab. Tiada satu perenggan tulisan dalam tulisan Arab jadi tatapan. Lalu, terasa bahawa saya perlu ingatkan diri akan hal ini.

BAHASA ARAB.

bahasa Arab pilihan diri untuk melanjutkan pelajaran. Bukannya bahasa Melayu seperti keinginan diri. Takdir Allah menetapkan hati saya untuk meneruskan pengajian dalam bidang ini walaupun saya bukanlah seorang yang tahu banyak perkataan Arab dan tidak pandai menulis dalam bahasa ini. Saya jadi insaf, apabila ada dalam kalangan kami yang belajar bahasa Arab sendiri dan ada yang menukar jurusan daripada bio sains untuk mengambil jurusan bahasa Arab. Kerana cinta, mereka sanggup ketepikan keputusan yang baik dan layak berada dalam lapangan sains.

Saya berada dalam lapangan ini kerana Allah mengkehendaki saya berdiri di sini. Allah telah menentukan tempat saya di sini. Kerana itulah, saya tidak boleh berpatah ke belakang dan menyesal. Keputusan saya menolak bahasa Melayu untuk melanjutkan pelajaran tidak boleh saya sesalkan. Kegagalan saya beberapa kali dalam pengajian dalam bidang bahasa Arab bukan bermakna perjuangan saya sudah tamat. Saya kena dan perlu terus berdiri hingga segulung ijazah dalam bidang 'bahasa Arab dan Kesusasteraan [literature] saya miliki. Insya Allah.

Betapa kasih dan sayang Allah menyebabkan saya terus tegak di bumi Gombak sebagai pelajar jurusan bahasa Arab walaupun saya bukanlah sehebat orang lain. Saya tidaklah sefasih rakan seperjuangan. Saya berulang kali gagal. Saya acapkali dapat markah tidak melepasi separuh dalam mid-term. Saya suka menggoreng dalam peperiksaan.. Walau bagaimana sekalipun saya lakukan, saya percaya, tempat saya dalam bahasa Arab.. Amin.. Insya Allah.

Sekarang Insya Allah saya akan melangkah ke tahun level 2 jika keputusan saya melayakkan saya untuk terus melangkah. Memang saya agak terlambat berbanding rakan seperjuangan yang lain, namun adakah itu bermakna saya perlu berhenti?

TIDAK.

Jamilah, lambat atau cepat habiskan juga bahasa Arab yang kamu kata kamu ini. 2013.

Amin, ya Allah.. Semoga saya kuat melalui hari-hari dalam semester depan.. =]

Nota Sebelum Titik:Optimislah wahai diri!

Luahan rasa seorang aku,
11.10p.m/1.12.2010
Qamar Jamilah, Mahang.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub...