Skip to main content

ISLAM: SEJARAH NATRAH DAN MELAYU.




Penonton.





Pertemuan kali kedua dengan Datin Fatini Yaacob.


Alhamdulillah, Allah lapangkan kaki saya untuk melangkah ke Maktabah al-Hikmah pagi ini bagi mendengar ceramah Datin Fatini Tentang Peristiwa Natrah. Bukan sekadar sebuah cerita seorang individu namun kebangkitan orang Melayu kerana adanya peristiwa yang melibatkan Natrah.



CINTAMU NATRAH


Duka tidak tertahan

tangis tidak terhenti

resah tidak menjanjikan

bahgia nan abadi



Sinar di hujung mimpi

mentari terus menyepi

mengharap suatu yang tak pasti

terhimpunlah pasrah dihati



Aduhai Natrah, kau menyedarkan kami

Aduhai Natrah, kau satukan jiwa kami

Aduhai Natrah, bangkitkan beribu kami

tapi dirimu terpenjara

Aduhai Natrah, bangkitkan beribu kami

sedang kami bebas merdeka

Moga yang ada kini

tak diulit mimpi lagi

Moga yang ada kini

tidak lagi menyepi



Kini kau telah pergi

tidak akan kembali lagi

derita dan lara cintamu

memahat kenangan sedih.



Puisi: Fatini & Ahmad



Lagu: Ahmad Ramli

[sumber: blog Ahmad Ramli]


Datin memulakan kata-katanya pagi tadi dengan lagu Cintamu Natrah ini. Justeru saya mulakan penulisan ini juga dengan lagu yang mengundang pelbagai rasa apabila menatap satu demi satu baris lagu ini.


Baik, saya sekadar mahu berkongsi dapatan saya selama hanya sejam mengikuti ceramah Datin Fatini disebabkan kekangan kelas. 


Pertana sekali, Datin menegur tentang perkataan yang kita gunakan ketika peristiwa Natrah itu: RUSUHAN. Menurut beliau RUSUHAN itu diterjemah daripada perkataan RIOT dalam perkataan bahasa Inggeris. Sedangkan perkataan yang lebih sesuai ialah KEBANGKITAN. KEBANGKITAN orang Melayu daripada lena yang panjang.


NATRAH. CINTA. AIR MATA  dan RUSUHAN. 




Buku ini patut dibaca oleh kita untuk mengetahui kisah sebenar yang berlaku. Benar sekali, apabila sudah mulakan pembacaan, seperti enaknya mengulit novel hingga membuatkan mahu membacanya hingga usai. Sedangkan ia adalah sebuah cerita benar berdasarkan fakta yang betul tentunya.


PERISTIWA DALAM KALENDAR MELAYU.


Sebelum 1511-Islam gemilangkan orang Melayu [Zaman Kegemilangan Melaka]


1511-Penjajahan BIUS Melayu -Penjajah menghina Islam-


    -dibina sekolah Kristian, Menggunakan dasar pecah dan perintah, Menguatkuasakan undang-undang Inggeris dan berbangga dengan bangsa mereka.


1950-Natrah jadi alat kebangkita orang Melayu.
(disebabkan akhbar penjajah menghina Islam bukan kerana keputusan mahkamah membawa pulang Natrah ke Belanda)
 (melumpuhkan Pusat Tadbir British Asia Tenggara)


1957-Melayu MERDEKA, Islam TERPENJARA. 
(jasad tanah Melayu sudah merdeka namun tanpa roh di dalamnya. Maka, orang Melayu berhutang dengan Islam.)


2008-Melayu Merdeka, Islam belum terbela.


Demikianlah sedikit perkongsian yang sempat saya dengar daripada ceramah yang disampaikan oleh Datin Fatini sempena client Day IIUM Library. Alhamdulillah, ini kali kedua saya berpeluang mendengar dan bertemu mata denagn beliau.


Buat kalian, bacalah buku tentang Natrah itu. Kerana ia bukan hanya sebuah cerita tentang Natrah namun kebangkitan MELAYU.


Melayu itu bukankah sinonim dengan Islam?


Sedikit perkongsian. 
6.28p.m./21.12.2010
ITD Taman Ilmu dan Budi. 
 






 

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...