Skip to main content

selepas ini...

Kembalinya aku ke Taman Ilmu dan Budi hari ini,

Tiada lagi internet hari-hari,

Tiada lagi laptop peneman diri.



Kembali kepada kehidupan lama,

Mesti sedikit janggal,

Namun putaran kehidupan itu berlaku,

Dan aku sedang merasakannya...



Bukan bagaimana mahu kamu larikan diri,

Namun,

Bagaimana kamu hadapi.



Semoga catatan aku tidak hanya takat ini...

Mungkin sedikit sepi,

Hanya meminjam masa berbaki,

Mencoret di sini,

Itulah pilihan diri....



=]




saya ini penconteng picisan.


~Sempena semester baru yang akan saya lalui, saya memohon jutaan kemaafan kepada yang membaca rapuan saya di sini. Maafkan diri ini jika mencuri masa kalian dengan membaca coretan seorang Jamilah yang hakikatnya tiada fikrah yang jelas dan tulisan yang tidak punya matlamat. Selalu saya jadikan blog ini sebagai medium untuk saya mencurah rasa yang tidak terdaya saya ungkapkan dengan kata-kata.



Saya, Jamilah Mohd Norddin memohon ampun dan maaf, terima kasih kerana berkunjung... =] 



Doakan saya melalui semseter baru yang belum saya nampak bayangnya. Sedang dalam  conformation slip belum ada subjek yang didaftar. Walau apa sekalipun, selagi nama saya tercatat sebagai pelajar Taman Ilmu dan Budi, tentu perjuangan ini saya teruskan.



Walau saya tidak sekuat orang lain, tidak cemerlang seperti orang lain, saya percaya, setiap kita akan diberikan peluang dan ruang yang cukup. Cuma cepat atau lambat, senang atau payah itu yang bezakan kita.



Buat sahabat seperjuangan di Taman Ilmu dan Budi, kalianlah jundi-jundi Allah yang bergerak di atas muka bumi. Sungguh saya kagum dengan semua yang ada dengan kalian. Sungguh-sungguh kalian gunakan kesempatan dengan sebaiknya menjadi seorang yang baik. Semoga semangat yang ada dalam kalian menjadikan kalian hebat! Hebat! Hebat! Terbaik! Subhanallah.. Sungguh bertuah saya berpeluang mengenal manusia hebat. =]



Saya tahu saya bukan siapa-siapa, saya hanya manusia biasa yang menjadi pemerhati bukannya 'orang yang bekerja'.






terasa nafas makin tersekat, mampu diri bertahan?
Sekian, cukuplah saya merapu pagi-pagi ini. Kenapa saya suka menulis? Kerana saya bisa mencurah apa yang saya mahu dengan bebas tanpa ada paksaan bagi penerima.. Jika mereka mahu, mereka boleh tinggalkan rapuan ini dengan hanya menekan kotak pangkah. Sungguh saya tidak pandai bercakap, bekerja dan menulis yang baik-baik, yang penuh ilmiah, yang thiqoh... saya hanya menulis apa yang saya rasa... Maafkan saya sekali lagi.



pagi lagi dah merapu: pagi terakhir.
4.49a.m/9.12.2010
qamad jamilah, mahang.
=] 

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub...