Apabila ada terluang akan saya contengkan sesuatu untuk kepuasan diri sendiri. Bersyukur sangat sudah potong broadband sebenarnya sebab saya tidaklah terlalu asyik berada di alam maya. Akhirnya saya ada masa untuk berada dalam dunia realiti. Bayangkan jika saya bersama broadband itu, tentunya saban hari dan masa saya singgah di alam maya hingga enggan kembali ke alam realiti.
Tadi petang saya ke Ong Tai Kim untuk membeli charger untuk laptop IBM itu, malangnya tiada. Almaklumlah, laptop versi 90-an bukannya edisi terkini. Jalan seorang diri dalam keadaan diri sedikit cuak sebenarnya. Saya jalan seperti bukan seorang gadis sudah. Hanya menuju tempat biasa membaiki laptop dan bertanya keadaan charger saya itu. Apabila jawapannya negatif saya terus pulang setelah membeli coklat.
Saya berharap adalah chargernya jika dicari di Low Yatt. Bukannya sayangkan sangat laptop namun isi dalamnya membuatkan saya menangis jika hanya ada dalam itu.
Gambar kenangan saya dan mereka...
Kisah saya dan dot.dot.
Lagu, nasyid, cerita.. haha..
Em, sebenarnya saya tidak kisah sangat pun.. Kadang sebenarnya rasa bahagia juga tiada laptop. Saya kurang menaip namun sebenarnya sunyi tetap hadir. Apabila bukan depan pc lah saya terasa mahu menulis sebenarnya.. huhu.. alasan. Masalahnya adalah apabila saya sangat mahu menulis dan ada assignment menggunakan tulisan jawi.
Hari ini berada dalam kelas modern poetry texts dalam keadaan gelisah. Entah apa dosa saya lakukan hari ini hingga terasa ilmu terhijab daripada pandangan. Raut wajah gelisah saya mungkin ustaz perasan. Asyik memandang jam tangan dan langsung tidak dapat beri tumpuan. 10 peratus pun tidak saya tumpu. Rasa mengantuk dan resah yang tidak terkawal. Haha. Akhirnya saya bersyukur apabila kelas ditamatkan. Namun saya seperti langsung tidak belajar melainkan dalam kelas bahasa Melayu tadi.
Sama juga dua hari lalu ketika saya sampai lambat ke kelas traditional critism. Saya jadi macam kucing baru lepas beranak yang tidak senang duduk. Ustaz terangkan maksud naqd namun saya langsung tidak faham.
Kata ustaz Omran, orang yang faham akan bertanya. Diam. Makanya sebenarnya saya tidka faham. huhu. Kata ustaz Omran lagi, bahasa itu perlu diguna jika tidak ia hilang. Ah, benar sekali. Saya hilang kata walaupun tadi foreigner itu hanya bicara soalan mudah. Saya hanya ingat perkataan yes, no, i don't know.
Hm, maafkan saya menulis hanya contengan di sini. Saya mahu luahkan juga supaya saya tidak terbeban dengan rasa ini. Bukannya untuk siapa-siapa, hanya supaya saya bebas. Jiwa saya kembali merdeka. Saya tidak pandai mahu bercakap maka saya selesa melontarkan semuanya. Mungkin selepas ini cerita saya tentang kehidupan harian makin detail, makin apa entahlah..
Saya cuma rasa bahagia dapat melontarkan semua kata.
Ah, tiba-tiba rindukan broadband. Namun ini janji saya dengan diri. Semester ini saya mahu hidup tanpa broadband. Tanpa beli novel baru. (ah, dapatkah saya bertahan. Hlovate ada buku ada. *ishh..*
Selesai.
10.14p.m/ITD Taman Ilmu dan Budi.
Comments